Malaysia Oversight

AEON Bank Dalam Persediaan Memperkenalkan Penawaran Akaun Perniagaan

By Amanz in May 12, 2025 – Reading time 1 minute
AEON Bank Dalam Persediaan Memperkenalkan Penawaran Akaun Perniagaan


Kewangan

AEON Bank Dalam Persediaan Memperkenalkan Penawaran Akaun Perniagaan

May 12, 2025

Aman

AEON Bank merupakan bank digital pertama di Malaysia, membolehkan pengguna membuka akaun terus menggunakan telefon pintar, dan menguruskannya secara digital. Selepas sedia menawarkan penawaran akaun untuk pengguna awam, kini AEON Bank turut dalam persediaan memperkenalkan penawaran akaun semasa atau untuk perniagaan.

AEON Bank Biz

Melalui laman Google Play Store, AEON Bank telah pun kini menerbitkan aplikasi AEON Bank Biz. Aplikasi berkenaan masih belum dibuka untuk semua buat masa ini, dan dilihat pada fasa ujian. Melalui laman rasmi AEON Bank, mereka menyatakan AEON Bank Biz akan menyokong perniagaan mesra shariah sahaja, dan lebih memfokuskan kepada perniagaan kecil dan sederhana.

AEON Bank Biz Android

Menariknya juga, halaman FAQ untuk AEON Bank Biz menyatakan versi web untuknya akan turut ditawarkan – selari dengan keperluan pelbagai perniagaan yang memerlukan akses melalui komputer, dan bukan aplikasi semata. Seperti akaun persendirian, AEON turut akan menawarkan pulangan harian pada pengguna akaun perniagaan ini.

Buat masa ini, masih tiada tarikh rasmi bilakah AEON Bank Biz ini akan dilancarkan. Dengan perkembangan ini, sama-sama kita nantikan pelancaran rasminya kelak.

Komen

Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.



Source link