PETALING JAYA: Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengadakan mesyuarat tergempar malam ini di ibu pejabat parti bagi membincangkan isu kepemimpinan yang didakwa mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan ahli. Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin tiba sekitar pukul 8.30 malam diikuti oleh Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin kira-kira 10 minit kemudian. Ketibaan Muhyiddin disambut oleh lebih 100 penyokong dari beberapa bahagian yang berkumpul di…






