SEREMBAN: Negeri Sembilan tidak akan membenarkan aktiviti perlombongan unsur nadir bumi (REE) dilakukan di kawasan hutan simpan kekal (HSK) di negeri ini. Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, kerajaan akan kerajaan negeri akan berhati-hati dalam mempertimbangkan kelulusan aktiviti perlombongan terutama yang melibatkan tanah kerajaan, tanah individu dan kawasan hutan. “Kita tidak tahu lagi jenis REE yang ditemui, namun saya ingin tegaskan bahawa aktiviti perlombongan tidak akan dibenarkan di kawasan…






