Malaysia Oversight

Anwar junjung kasih doa, keprihatinan Sultan Brunei

By MkiniBM in November 4, 2025 – Reading time 1 minute
Anwar junjung kasih doa, keprihatinan Sultan Brunei


Perdana Menteri Datuk Seri Ibrahim hari ini menjunjung kasih atas keprihatinan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah terhadapnya.

Menerusi hantaran di Facebook, berkata baginda berkenan menghubunginya tengah hari tadi untuk bertanya khabar dan mendoakan kesihatan serta kesejahteraannya.

“Baginda dengan penuh takzim bertanya khabar dan mendoakan kesihatan serta kesejahteraan saya. Menjunjung kasih atas doa dan keprihatinan Tuanku,” katanya.

turut mendoakan agar Sultan Hassanal Bolkiah sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.

Pada Ahad, Anwar dilaporkan terpaksa membatalkan lawatan kerja ke Pahang pada saat akhir atas nasihat pasukan perubatan setelah mengalami sakit belakang yang menyebabkan pergerakan beliau terbatas.

– Bernama



Source link