TEL AVIV: Pihak berkuasa Israel mengeluarkan arahan melarang askar simpanan yang pernah berkhidmat dalam tentera Israel (IDF) daripada membawa senjata peribadi, susulan kebimbangan terhadap peningkatan kes bunuh diri dalam kalangan anggota tentera. Menurut laporan media Israel, larangan itu turut meliputi penugasan semula askar simpanan yang telah dibebaskan ke unit tempur lain. IDF menjelaskan keputusan tersebut bersifat langkah berjaga-jaga sementara bagi membolehkan askar simpanan mendapat masa untuk berehat dan pulih selepas…





