KUALA LUMPUR: Syarikat swasta yang mencatat keuntungan besar diingatkan untuk tidak menyisihkan kebajikan pekerja bawahan, termasuk petugas pembersihan terutamanya dalam soal pendidikan ahli keluarga mereka. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, negara ini mampu diangkat ke tahap lebih hebat dengan mutu pendidikan yang baik. Katanya, semua pihak perlu ada sifat prihatin, empati dan ihsan kepada rakyat khususnya golongan miskin dengan memastikan setiap warganegara tidak tersisih dalam segala aspek termasuk…





