SKMM Umum Projek Rintis Penghantaran Ubat Guna Dron Ke Kawasan Pedalaman, Bermula Suku Ke-4 2025
May 12, 2025
•
Aman
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia kini mengumumkan projek perintis untuk penghantaran ubat menggunakan dron, terutamanya di kawasan pedalaman. Projek ini diumumkan di Sabah pada hari ini, dan akan dilaksanakan melalui NADI (Pusat Sebaran Maklumat Nasional), bersama kerjasama Kementerian Kesihatan dan juga MRANTI.

Projek rintis ini juga akan mengambil kira pelbagai perkara, termasuk dari segi keberkesanan penghantaran ubat di kawasan luar bandar dan kawasan pedalaman, dari Klinik Kesihatan ke NADI terpilih. SKMM menyasarkan untuk melaksanakan projek rintis ini pada suku keempat 2025 ini.
Projek rintis akan melibatkan NADI di Tawau, dan ia seterusnya akan diperluas ke 150 NADI pada 2026, dan 392 NADI pada 2027. Dengan langkah ini, ubat akan dihantar dari Klinik Kesihatan ke NADI berkaitan, dan pengguna boleh mengambil ubat daripada NADI tersebut. Selain memudahkan akses ubat, ia juga memastikan akses perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dan saksama kepada komuniti di luar bandar melalui penggunaan teknologi dron.
Komen
Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.