Malaysia Oversight

Rafizi ‘marah nyamuk jangan bakar kelambu’

By MkiniBM in May 12, 2025 – Reading time 4 minute
Rafizi 'marah nyamuk jangan bakar kelambu'


ULASAN | “Saya memahami demokrasi sesuatu yang memberi kepada yang lemah peluang yang sama sebagaimana yang kuat.”

Kata-kata Mahatma Gandhi ini satu asas yang memberi harapan kepada semua yang mendokong sistem demokrasi bahawa ada ruang sama rata di sana untuk setiap orang memberi sumbangan bermakna kepada proses ini.

Pemilihan Parti Keadilan Rakyat () tahun ini mejadi fokus kerana presiden parti Datuk Seri Ibrahim akhirnya berjaya dinobatkan sebagai perdana menteri selepas melalui proses yang begitu mencabar dan penuh liku.

Pelbagai telahan dibuat termasuk apa yang dikata kemasukan ahli ahli baru dalam jumlah yang ramai daripada parti lain yang mempunyai agenda merosakkan kesatuan dengan cubaan menguasai cabang-cabang.

2f46ee36f69786356faf40d8ac36380d

Lamunan daripada kejayaan dan rasa bangga dengan kedudukan parti pada hari ini mungkin sedikit terganggu dengan apa yang dikatakan anasir luar ini. Setiap ahli berhak merasa bangga dan teruja menjadi sebahagian dari proses ini.

Tidaklah pelik jika ada pihak ingin mengambil kredit atas kejayaan ini. Sama ada Invoke, Abim mahupun reformis atau apa jua kelompok yang mengiringi kejayaan ini, hakikatnya ia kejayaan bersama setiap yang berusaha dan mendoakannya.

Semua kita ingat doa yang cukup syahdu oleh Almarhum Tok Guru Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat agar berjaya menjawat jawatan tertinggi negara ini.

Satu persahabatan dan pengiktirafan yang sangat dikenang lantaran menjaga hubungan baik dengan keluarga Almarhum Tok Guru adalah dituntut.

da079d754a96a8148b8aacf2a5375f3e

Ini termasuk perlantikan baru baru ini Al Fadhil YB Senator Nik Abduh Nik Abdul Azizke Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) yang ada menjadi percakapan sesetengah pihak.

Pastinya ini semua dicemburui oleh pihak yang tidak senang dengan kejayaan dan tindakan sebegini, pembentukan gabungan parti parti yang membentuk struktrur Perpaduan yang unik dan tidak disangka-sangka.

Sebagai nakhoda yang menggalas jawatan yang cukup mencabar, terpaksa mengimbangi keperluan membawa negara ke hadapan di dalam kepelbagaian yang ada dan mengemudi parti yang cukup berupaya ini.

Membentuk persepsi satu seni yang penting dalam mengambil hati dan menarik pengundi.

‘Ugut letak jawatan kerajaan’

Namun, jika disalahguna ia bukan sekadar boleh membahayakan organisasi bahkan menjadi api dalam sekam yang membakar satu cita cita murni agenda membela nasib rakyat sebagaimana yang diperjuangkan selama ini.

Perjalanan dan perbincangan mesyuarat adalah sesuatu yang tertutup dan tidak perlu menjadi tatapan umum, dilihat seakan memperlekehkan ketua sendiri.


BACA BERKAITAN:

‘Kalau Zaliha nak marah, marahlah’ – Rafizi kritik pengendalian pemilihan PKR

Rafizi letak jawatan menteri jika kalah pemilihan PKR


Untuk apa menjelajah dengan tujuan membuka pekung di dada?

Ini cubaan menjustifikasi satu keputusan yang telah dipersetujui bersama dengan naratif yang boleh mengundang tanggapan negatif kepada parti pastinya satu perilaku yang tidak cocok dibawa oleh seorang yang memegang jawatan kedua tertinggi parti. Marahkan nyamuk kelambu dibakar?

3d2d32e328a539d9e7777dd3a540002f

Itulah yang tersirat. Apatah lagi ugutan meletakkan jawatan yang dibuat seandainya gagal mempertahankan jawatan hinggalah merasakan ruang untuk menyerang parti dan kerajaan lebih terbuka bila tidak menjawat jawatan kerajaan.

Bukankah itu satu ugutan yang cukup tidak bertanggungjawab?

Di mana pula justifikasi menuduh ahli sebagai pak turut dan kaki ampu dek kerana mereka bukan puak kita?

Merasakan diri terlalu diperlukan atau aset parti sehingga pihak lain tidak mampu melaksanakannya merupakan satu keegoan yang harus ditinggalkan andainya ingin terus bersama untuk membina parti.

Rafizi perlu akui kelemahan

Untuk rekod, kemenangan sebanyak 50 kerusi parlimen pada PRU14 tahun 2018 yang dikemudi oleh lebih baik dari 31 kerusi pada PRU15 tahun 2023 ketika Rafizi menjadi pengarah pilihan raya parti.

Target yang diletakkan oleh memenangkan kerusi marginal bukan sesuatu yang di luar kemampuan beliau. Jangan diperkecilkan. Malahan perlu sepakat dan turut sama membantu.

Perundingan kerusi dengan parti komponen PH mahupun apa jua pihak selepas ini yang saudara Rafizi Ramli anggap kerja mutlak timbalan presiden hakikatnya menafikan kuasa Majlis Pimpinan Pusat PKR yang menentukan polisi dan dasar parti.

Perjalanan parti perlu mempunyai keanjalan dan fleksibiliti mengambil kira kekuatan pimpinan yang ada untuk parti terus relevan dan mengorak langkah ke hadapan khususnya bila menjadi parti utama mengemudi kerajaan.

Tidak perlu mengungkit sumbangan kita dan menganggap ia satu nilai besar kepada parti kerana mungkin munajat seorang petani yang tulus ikhlas di Cherok Tok Kun itu lebih dipandang disisiNya dan menjadi asbab kejayaan yang sedang dicapai.

Apa yang diungkapkan oleh Mahatma Gandhi bahawa setiap yang menyertai proses demokrasi itu ada nilai tersendiri sama ahli biasa mahupun mereka yang sampai ke puncak kepimpinan dan kuasa.

Meletakkan satu kelompok elit untuk menentukan hala tuju dan perjalanan parti, melalui satu naratif yang cuma ingin menutup kelemahan sendiri adalah satu malapetaka yang perlu dielakkan kerana kesan membentuk satu kelompok atau pasukan yang kemudiannya membiarkan pengikut merentap ketulinan satu proses pemilihan pasti membelakangkan kepentingan parti.

Rakyat terbanyak meletakkan harapan yang tinggi kepada kepimpinan yang ada pada hari ini. Apatah lagi secara sedar memberi bayangan politik wang telah merosakkan proses pemilihan parti. Berpada padalah.

Saudara Rafizi perlu berjiwa besar untuk menerima hakikat kelemahan diri kerana ia membantu mengurangkan kecederaan dan kekecewaan yang bakal menanti. Ujian kuasa menghambat siapa sebenarnya?


DR ROSLI ALLANI ABDUL KADIR bekas ahli Majlis Pimpinan Negeri PKR .

Artikel ini pandangan penulis dan tidak mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.



Source link