BACHOK: Seorang pemilik bengkel terkejut selepas menjumpai seorang bayi lelaki yang ditinggalkan di kawasan pintu sebuah rumah banglo dua tingkat yang sedang dalam pembinaan di Kampung Pak Badol, di sini, hari ini. Bayi yang masih bertali pusat dengan kepalanya dialas tuala itu ditemukan oleh Ahmad Bushra Zulkifli, 31, semasa sedang menunggang motosikal dan turun dari jejantas selepas menghantar anaknya ke sekolah kira-kira pukul 7.40 pagi. Katanya, dia pada awalnya menyangka…






