Realme C85 Dan C85 Pro Dilancarkan Dengan Bateri 7000mAh
Amy Maizuraa
Realme telah memperkenalkan dua peranti baharu iaitu C85 dan C85 Pro. Kedua-duanya hadir dengan bateri berkapasiti besar 7000mAh sesuai untuk penggunaan jangka masa panjang. Dalam masa yang sama, kedua-dua model ini masih mengekalkan elemen rekaan menyerupai generasi sebelumnya.

Realme C85 Pro hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.8 inci beresolusi FHD+ serta menyokong kadar segar semula 120Hz. Peranti ini dipadankan dengan cip Snapdragon 685, memori 8GB RAM dan storan dalaman 128GB. Ia turut dilengkapi dengan kamera utama 50MP dan kamera swafoto 8MP, selain bateri berkapasiti besar 7000mAh serta ciri kalis air IP69K. Sistem operasi yang digunakan ialah Realme UI 6.0 berasaskan Android 15

Realme C85 pula hadir dengan skrin IPS LCD bersaiz 6.8 inci beresolusi HD+ serta menyokong kadar segar semula 144Hz. Peranti ini dipadankan dengan cip Dimensity 6300, memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Ia turut dilengkapi dengan bateri berkapasiti 7000mAh bersama sokongan pengecasan pantas 45W serta kalis air IP69K. Sistem operasi digunakan ialah Realme UI 6.0 berasaskan Android 15.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






