KUALA LUMPUR: Pelaksanaan pengecualian subsidi RON95 kepada kumpulan berpendapatan tinggi (T15) hanya akan dilaksanakan selepas sistem Program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) dinaik taraf bagi memastikan ia beroperasi dengan lebih efisien dan menyeluruh. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan berpandangan langkah itu hanya sesuai dilaksanakan apabila sistem penyasaran subsidi berkenaan benar-benar mantap serta mampu menilai kelayakan penerima dengan tepat. “Buat masa ini, kerajaan meneruskan pelaksanaan BUDI95 dengan sistem sedia…






