Malaysia Oversight

Facebook Groups Peribadi Kini Boleh Ditukar Tetapan Menjadi Awam

By Amanz in November 4, 2025 – Reading time 1 minute
Facebook Groups Peribadi Kini Boleh Ditukar Tetapan Menjadi Awam


Facebook Groups Peribadi Kini Boleh Ditukar Tetapan Menjadi Awam

November 4, 2025
Meta

Aman

Facebook kini menambah sebuah ciri baharu pada Facebook Groups, membolehkan pentadbir sesuatu Facebook Groups untuk mengubah tetapan kumpulan yang peribadi menjadi awam.

Facebook Groups Umum

Dengan langkah ini, ia memudahkan pengguna untuk berkongsi sesuatu perkongsian dengan yang lain di luar platform Facebook – sebagai contoh melalui Threads dan lain-lain platform. Semua kandungan yang dikongsikan sebelum tetapan kumpulan diubah akan hanya boleh diakses ahli sahaja, dan hanya perkongsian baharu selepas perubahan tetapan yang akan ditawarkan kepada awam.

Facebook mengatakan mereka akan terus mengekalkan dan menjaga privasi pengguna dalam kumpulan berkenaan – dimana senarai ahli hanya boleh diakses  pentadbir sahaja.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link