KUBANG PASU: Lebih 1,000 penduduk dari enam kampung sekitar Jalan Kampung Darat, Changlun di sini merayu agar pihak terlibat segera membaiki laluan tersebut yang rosak teruk sejak lebih setahun lalu. Penduduk yang terjejas adalah dari Kampung Kubang Betong, Kampung Kangar, Kampung Padang, Kampung Padang Halba, Kampung Darat dan Kampung Belukar. Mereka mendakwa, kerosakan laluan sepanjang tujuh kilometer yang menghubungkan Changlun dan Kuala Nerang di Padang Terap itu bukan sahaja menjejaskan…






