Malaysia Oversight

Prof Ahmat Adam kembali ke rahmatullah

By MkiniBM in November 3, 2025 – Reading time 1 minute
Prof Ahmat Adam kembali ke rahmatullah


Perdana Menteri Ibrahim menzahirkan rasa dukacita atas pemergian tokoh sarjana sejarah tersohor tanah air, Prof Emeritus Datuk Dr Ahmat Adam, yang dilaporkan meninggal dunia petang tadi.

Dalam kenyataannya, menyifatkan pemergian Ahmat sebagai satu kehilangan besar kepada negara.

“Negara ternyata telah kehilangan seorang sarjana besar yang sepanjang hayatnya menegakkan keteguhan ilmu dan menumpahkan seluruh bakti dalam memperkasa jati diri bangsa melalui sejarah,” katanya.

turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham serta mendoakan agar mereka diberi kekuatan menghadapi kehilangan tersebut.

5aaa019a5d71d875971cdc3b4617691e

“Negara ternyata telah kehilangan seorang sarjana besar yang sepanjang hayatnya menegakkan keteguhan ilmu dan menumpahkan seluruh bakti dalam memperkasa jati diri bangsa melalui sejarah.

“Salam takziah buat seluruh keluarga atas pemergian allahyarham. Mendoakan keluarganya diberi ketabahan serta kecekalan yang tinggi serta dikurniakan rahmat ke atas rohnya, dan ditempatkan rohnya di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah,” katanya lagi.

Ahmat Adam, yang terkenal dengan karya dan pandangan kritis dalam sejarah sosial dan politik Melayu, meninggalkan legasi ilmiah yang penting kepada dunia akademik tempatan.



Source link