Malaysia Oversight

Strategi 14 BN + 14 PH PRN Melaka tidak gugat Kerajaan Perpaduan

By TheSun in May 11, 2025 – Reading time 1 minute
Strategi 14 BN + 14 PH PRN Melaka tidak gugat Kerajaan Perpaduan


KOTA BHARU: Cadangan berhubung strategi Barisan Nasional () bertanding di 14 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Pakatan Harapan di 14 kerusi DUN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang, tidak akan menggugat Perpaduan, kata Pengarah Komunikasi parti Amanah Khalid Abdul Samad.

Beliau berkata strategi itu masih belum dimuktamadkan dan keputusan hanya dibuat setelah semua parti komponen mengadakan perbincangan dan rundingan.

“Dalam Perpaduan ini, kita akan sering dengar pelbagai desakan, itu perkara biasa, namun akhirnya kita akan duduk dan bincang serta runding bersama sekiranya ada apa-apa keperluan untuk itu,” kata pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) itu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di pada Majlis Perhimpunan Pagi Pengerusi KADA bersama warganya di Ibu Pejabat KADA, di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan beberapa cawangan DAP telah mencadangkan pembahagian kerusi 14-14 antara dan PH pada PRN Melaka nanti. Melaka mempunyai 28 kerusi DUN membabitkan 21 yang dikuasai , PH (lima) dan Perikatan Nasional (dua).

Tempoh penggal DUN Melaka dijadualkan berakhir pada November tahun depan.



Source link