KUALA LUMPUR: “Malam sebelum kejadian, arwah ada beritahu kakaknya bahawa ada budak mengugut mahu dia mati esok.” Itu pendedahan bapa kepada murid lelaki tahun empat yang meninggal dunia dalam keadaan mencurigakan, Muhammad Hafizuddin Abdullah, 40, mengenai perbualan anak bongsunya itu bersama kakaknya berusia 17 tahun pada malam 30 September lalu. “Dia beritahu kakaknya yang ada seseorang ugut nak dia mati esok. Tapi kakaknya tak sempat beritahu kami sebelum kejadian,” katanya…





