BAITULMUQADDIS: Israel pada Isnin mengesahkan sisa mayat yang diserahkan oleh Hamas semalam adalah milik tiga tebusan yang diculik kumpulan pejuang itu dalam serangan pada 7 Oktober 2023. Penyerahan sisa mayat itu dibuat sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata diusahakan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang sedang berlangsung kini. “Selepas proses pengecaman selesai, wakil Angkatan Pertahanan Israel (IDF) memaklumkan kepada keluarga tebusan yang terbunuh bahawa orang tersayang mereka sudah dibawa…






