Malaysia Oversight

PAS sokong kempen ‘Malaysia Sifar Aids 2030’

By MkiniBM in May 11, 2025 – Reading time 2 minute
PAS sokong kempen 'Malaysia Sifar Aids 2030'


hari ini melancarkan Pelan Tindakan Komprehensif Get To Zero 2030 (GTZ 2030) sebagai menyahut inisiatif menuju sasaran sifar kes Aids menjelang 2030.

Menurut Timbalan Presidennya, Tuan Ibrahim Tuan Man pelan tersebut merupakan satu usaha bersepadu parti menerusi Lajnah Kesihatan Pusat dengan sokongan lajnah-lajnah lain serta NGO berkaitan di seluruh negara.

“Antaranya merangkumi pencegahan awal dalam kalangan generasi muda dan komuniti berisiko seperti golongan LGBTQ, pekerja seks dan penagih dadah. Program pemulihan spiritual dan psiko-sosial menerusi Modul Hijrah dan City GTZ ke arah abstinen.

“Perkhidmatan rawatan bersepadu 3C (Comprehensive, compassionate, care) di klinik HIV/PREP, kempen advokasi media termasuk usaha membanteras kandungan dan aplikasi siber berunsur seksual berisiko dan kajian impak serta penilaian kualiti program pencegahan dan perawatan ke arah abstinen,” katanya.

43cdbf62b533727d527dcb05430d878d

HIV virus yang menyerang sistem imun manusia dan boleh menyebabkan Aids jika tidak dirawat. Aids pula tahap akhir jangkitan HIV apabila tubuh kehilangan keupayaan melawan penyakit.

HIV antaranya merebak melalui hubungan seks tanpa perlindungan, perkongsian jarum, pemindahan darah tercemar, dan daripada ibu kepada anak semasa kehamilan, kelahiran atau penyusuan.

Menurut Tuan Ibrahim pelan tindakan itu pendekatan sistematik dan menyeluruh bagi menangani isu HIV/Aids di Malaysia.

Katanya, pelan ini dibangunkan bagi menyokong agenda nasional Ending Aids 2030, yang menetapkan sasaran 95-95-95 — iaitu 95 peratus individu berisiko menjalani saringan HIV, 95 peratus daripada mereka mengetahui status masing-masing, dan 95 peratus daripada pesakit HIV mencapai tahap kawalan viral load yang rendah.

f4f922510c227c70c2857657de5676ba

Pelan GTZ 2030 kata Tuan Ibrahim turut memperincikan pelbagai pendekatan merentas dimensi pencegahan, rawatan dan pemulihan.

Untuk rekod, Malaysia berjaya menurunkan kes HIV sebanyak 50 peratus sejak ia dilaporkan dalam negara pada tahun 1989, menurut Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada tahun lalu.

KKM sebelum ini memaklumkan program perintis pemberian ubat profilaksis pra pendedahan (PrEP) telah terbukti mampu mencegah penularan penyakit itu sehingga 99 peratus.

Berdasarkan statistik terbaru KKM, 135,035 pesakit HIV direkodkan bermula 1986 hingga 2023 dengan 54,365 orang akibat transmisi seksual.

‘Normalisasi benda mungkar’

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim menjelaskan pelan yang dirangka PAS itu berpaksikan prinsip Amar Makruf Nahi Mungkar, menggabungkan nilai-nilai dengan bukti saintifik sebagai pendekatan utama dalam pencegahan HIV/Aids.

Katanya, usaha PAS bukan sekadar menyokong kempen , tetapi juga bertujuan mempercepatkan pencapaian matlamat sifar Aids dengan penglibatan masyarakat sivil dan seluruh rangkaian organisasi.

letak sasaran pada 2030 tapi saya jangka kalau kerajaan saja yang bergerak, NGO dan agensi lain membantu ia akan turut mempercepatkan kempen…

“Usaha kita sebenarnya melangkaui, ia tak kira kerajaan atau pun pembangkang dalam isu kesihatan ini dan kita ada kepakaran dan tenaga-tenaga dalam PAS pun kita ada kepakaran-kepakaran kita yang kita rasa kita boleh bantu dan kita akan sebar luaskan kumpulan ini di peringkat pusat dan keseluruhan negeri-negeri.

“Insya-Allah. Kita nak libatkan kerjasama masyarakat dan termasuk masjid-masjid, khutbah-khutbah dan pimpinan masyarakat perlu prihatin isu ini

“Sebab kita dan macam menormalisasikan benda mungkar, jadi ini benda yang tak sepatutnya berlaku. Jadi, itu hasrat kita,” tambahnya.



Source link