RAMALLAH: Musim tuaian zaitun tahun di Tebing Barat tahun ini mencatatkan tahap serangan penduduk haram Yahudi tertinggi dalam tempoh lima tahun, menurut agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada Sabtu, lapor Anadolu. Dalam kenyataannya, Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB (OCHA) berkata sebanyak 126 serangan di 70 bandar dan kampung Palestin, dengan lebih 4,000 pokok dan anak pokok zaitun dimusnahkan oleh penduduk penempatan haram Israel. “Musim tuaian zaitun 2025 setakat ini…






