Malaysia Oversight

Ulasan Samsung Galaxy Watch8 Classic – Apabila Teknologi Moden Diadun Estetika Klasik

By Amanz in November 3, 2025 – Reading time 7 minute
Ketahui Kesihatan Jantung Dan Kadar Penuaan Anda Menggunakan Samsung Galaxy Watch8


dan Samsung dilihat mempelopori segmen aksesori pintar yang boleh dipadankan bersama-sama peranti pintar masing-masing dan memperlihatkan ekosistem kemudahan dan kesihatan yang sehingga kini sukar untuk ditandingi jenama-jenama lain.

Bersama-sama dengan pelancaran siri peranti boleh-lipat Samsung Galaxy Z Fold7 dan Samsung Galaxy Z Flip7, Samsung juga dilihat telah mengemaskini penawaran jam tangan pintar mereka, iaitu siri Samsung Galaxy Watch8 dan Watch8 Classic.

Samsung Galaxy Watch 8 Classic Edited 16

Kami telah diberi peluang untuk menguji dan mengulas jam tangan model Galaxy Watch8 Classic ini, dan ini adalah pendapat saya mengenainya.

Rekaan dan Spesifikasi

Samsung Galaxy Watch8 Classic
Skrin 1.3 Super AMOLED, 438 x 438, 3000 nits
Pemproses Exynos W1000 (3 nm)
Memori/Storan 2GB RAM + Storan 64GB
Sistem Operasi Wear OS 6
Perlindungan 5ATM IP68
Sensor Pengimbas nadi optikal, sensor pemecut,giroskop, sensor cahaya ambien, kompas elektronik,sensor barometer, sensor analisis impedans bioelektrik, fungsi pengecaman postur larian
Lain-Lain GPS, Galileo, Glonass, BDS, QZSS, Bluetooth 5.3, Speaker Mikrofon, IP68
Bateri 445 mAh Pengecasan 10W
Bahan Binaan Kerangka daripada aluminium, Skrin kaca kristal nilam, Tali jam kulit sintetik dan getah
Harga 46mm – RM1799 (BT) dan RM2099 (LTE)

Bermula dengan rekabentuk jam tangan ini, ia hadir dengan muka jam bersaiz 46mm, dan sayangnya untuk model ini, nampaknya hanya satu jenis saiz jam yang ditawarkan. Untuk anda yang mempunyai pergelangan tangan yang lebih besar ataupun kecil dari yang bersesuaian dengan jam tangan ini, anda mungkin mahu melihat terlebih dahulu jika ia sesuai untuk anda atau tidak sebelum membelinya.

Ia juga menggunakan panel Super AMOLED Sapphire dengan sokongan sesentuh bersaiz 1.34 inci dengan resolusi 438×438 pixel dan nilai kecerahan 3000 nit. Nilai kecerahan yang tinggi ini sangat membantu untuk membolehkan anda melihat muka jam walaupun dibawah sinaran matahari yang terik.

image 15

Samsung Galaxy Watch8 Classic juga mempunyai tiga butang yang membolehkan pengguna untuk mengakses pelbagai fungsi dengan lebih cepat, seperti butang tengah untuk aktiviti-aktiviti senaman, butang atas untuk kembali ke muka jam utama dan butang paling bawah untuk mengakses fungsi terakhir yang digunakan.

Perbezaan dari segi rekaan diantara Samsung Galaxy Watch8 dan Watch8 Classic ialah model Classic hadir dengan bezel yang juga berfungsi sebagai roda yang boleh digunakan sebagai cara mudah untuk mengakses pelbagai menu pada jam tangan ini, walaupun apabila dibandingkan dengan menggunakan skrin sesentuh.

Bezel berwarna perak ini juga memberi Galaxy Watch8 Classic ini, seperti namanya, rekaan yang lebih memiripi sebuah jam tangan klasik, tetapi dengan semua fungsi-fungsi sebuah jam tangan pintar moden.

image 10

Model jam pintar Samsung Galaxy Watch8 Classic juga hadir dengan satu saiz muka jam sahaja, iaitu 46mm, berbanding dengan 40mm dan 44mm pada model Watch8 biasa. Bergantung kepada saiz pergelangan tangan anda, ia mungkin rasa terlalu besar, tetapi ia adalah cukup sesuai untuk saya.

Samsung Galaxy Watch8 Classic dikuasakan oleh cip pemprosesan Samsung Exynos W1000 bersama-sama memori 2GB dan storan bersaiz 64GB, menggerakkan sistem operasi Wear OS 6 yang berasaskan sistem operasi Android 16, dan digabungkan dengan antaramuka Samsung One UI 8 Watch yang terbaru, memperlihatkan rekaan antaramuka aplikasi dan fungsi yang lebih kemas berbanding sebelum ini.

image 11

Sama seperti jam-jam Samsung Galaxy Watch sebelum ini, gelang jam pintar ini boleh dicabut, dan digantikan dengan gelang jam yang mempunyai corak-corak berbeza jika dimahukan. Untuk model Galaxy Watch8 Classic, jam pintar ini disediakan bersama-sama dengan gelang jam yang diperbuat daripada bahan kulit sintetik, mengekalkan rekaan klasik yang dilihat pada jam ini.

Pengalaman Pengguna

Seperti yang dijangka, jam pintar Samsung Galaxy Watch8 Classic ini mempunyai sokongan terbaik bersama-sama peranti pintar Samsung lain, khususnya Samsung Galaxy Z Fold7 dan Samsung Galaxy Z Flip7 dan peranti Samsung lain yang sudahpun dikemaskini dengan sistem operasi Android 16 dan One UI 8 yang terbaru.

image 13

Gandingan bersama peranti Samsung memudahkan proses penggunaan kali pertama jam tangan pintar ini, dan apabila digabungkan bersama aplikasi Samsung Health, ia boleh menjadi sebuah peranti penjejakan kesihatan yang sangat baik sekali.

Samsung Galaxy Watch 8 Classic Edited 9

Dengan Samsung Galaxy Watch8 dan Watch8 Classic, pengguna dapat memanfaatkan fungsi seperti penjejak tapak, kadar degupan jantung, tidur dan notifikasi aplikasi. Dengan model ini, ia juga memperlihatkan sokongan untuk penjejakan ECG, tekanan darah, arrythmia, isu tidur apnea, Samsung Pay dan banyak lagi, tetapi ciri-ciri ini hanya boleh dimanfaatkan melalui aplikasi Samsung Health yang hanya ditawarkan pada peranti pintar Samsung.

image 2

Malah, saya akan katakan bahawa jika anda seorang pengguna peranti pintar Samsung, jam pintar Samsung Galaxy Watch8 dan Watch8 Classic adalah jam pintar terbaik yang anda boleh beli. Ia bukan sahaja menawarkan ciri penjejakan kesihatan, tetapi juga sukan.

image 6

Jika anda baru mahu mula menjejak kaki dalam dunia bersukan, khususnya berlari, gabungan aplikasi Samsung Health dan Galaxy Watch8 memperkenalkan ciri seperti Running Coach yang membolehkan anda untuk mula berlatih untuk larian 5KM pertama anda, sehinggalah maraton penuh.

image 12

Dari segi keselesaan pemakaian, rekaan jam yang nipis dan juga penggunaan tali jam kulit sintetik adalah sangat selesa sekali. Bagi saya, model Galaxy Watch8 Classic ini mungkin dilihat lebih sesuai digunakan untuk kegunaan seharian ataupun ke majlis-majlis yang memerlukan pemakaian formal, tetapi tidak salah jika anda juga mahu menggunakannya apabila anda melakukan aktiviti-aktiviti sukan ataupun kesihatan.

image 8

Sewaktu saya menggunakan jam ini untuk tujuan riadah fizikal seperti brisk walking dan berlari, tali jam ini tidak merekah, dan ini adalah kerana bahagian bawah tali jam ini yang menyentuh permukaan kulit dilapikkan dengan bahan getah sintetik yang mengelakkan permukaan tali jam yang diperbuat daripada kulit untuk menyerap kelembapan peluh.

image 4

Seperti yang saya katakan sebelum ini, sejumlah ciri-ciri baru yang diperkenalkan pada peranti ini dikunci disebalik penggunaan peranti pintar Samsung. Kebanyakannya adalah ciri-ciri kesihatan yang juga akan memerlukan anda memiliki peralatan lain seperti sebuah pembaca tekanan darah dan sebagainya.

Aplikasi Samsung Health diintegrasi dengan baik untuk tugasan-tugasan ini. Dari memperlihatkan butiran kesihatan anda ke butiran aktiviti harian dan bersukan, ia juga memberikan anda cadangan untuk apa yang boleh dilakukan untuk memperbaiki kualiti aktiviti harian anda.

image 14

Dari segi pengalaman pengguna, Samsung telah hadir dengan antaramuka peranti yang pada pendapat saya mudah difahami dan juga digunakan oleh pengguna. Bahagian bezel bukan sahaja gimik rupa, tetapi boleh digunakan sebagai cara untuk menatal fungsi-fungsi jam secara taktil.

Dari segi sokongan perisian pula, seperti yang saya katakan, gabungan jam tangan pintar Galaxy Watch8 Classic dengan peranti Samsung juga sangat mudah. Dengan gabungan ini, jika anda memuat-turun sebuah aplikasi pada peranti Samsung anda, ia akan memeriksa jika ada aplikasi dampingan yang boleh dimuat-turun, dan akan menanyakan anda jika anda mahu memuat-turunnya.

Samsung Galaxy Watch 8 Classic Edited 11

Cuma, seperti yang saya katakan sebelum ini, sebahagian daripada ciri-ciri kesihatan ini dikunci disebalik gabungan ekosistem perkakasan dan perisian Samsung, jika anda mahu mendapatkan manfaat semaksima yang mungkin.

Jika anda tidak memiliki sebuah peranti Samsung, jam ini adalah sedikit sukar untuk saya syorkan kepada anda untuk beli dan gunakan jam ini, kerana terdapat banyak sahaja jam pintar lain di pasaran sekarang yang lebih sesuai digunakan, bergantung kepada keperluan anda.

image 17

Selain daripada itu, jam pintar Samsung Galaxy Watch8 Classic juga hadir dengan satu kelemahan yang sangat besar yang hadir dalam dua bahagian.

Bateri

Samsung Galaxy Watch8 Classic hadir dengan bateri bersaiz 445mAH yang merupakan saiz bateri yang terbesar diantara tiga model Samsung Galaxy Watch8 yang ditawarkan sekarang. Model Watch8 44mm hadir dengan bateri bersaiz 435mAH, manakala model bersaiz 40mm hadir dengan bateri 325mAH.

image 16

Sepanjang saya menggunakan jam tangan pintar ini, jangka hayat bateri dengan fungsi Always On Display dipasang adalah sekitar sehari setengah, yang mana bagi saya adalah satu kelemahan yang sangat besar.

Walaupun ciri AOD ini tidak dipasang, ia hanya akan menambahkan sebanyak 2-3 jam masa penggunaan tambahan, yang masih akan memaksa anda untuk mengecas jam tangan pintar ini setiap hari. Dan di sini juga adalah satu lagi isu besar yang saya hadapi dengan Samsung Galaxy Watch8 Classic ini.

image

Samsung mengatakan bahawa model jam Galaxy Watch8 hadir dengan pengecasan sepantas 10W, tetapi secara jujurnya, pengecasan sepantas itu hanyalah untuk beberapa ketika apabila jam mula dicas. Sewaktu pengecasan, pengalaman saya ialah jam ini secara lazimnya hanya akan dicas pada kadar 1-2W sahaja.

Untuk sebuah jam tangan pintar kelas premium yang dilancarkan pada tahun 2025 mempunyai pengecasan yang lebih perlahan berbanding dengan model jam pintar lain seperti Watch dan Oppo Watch X yang sudahpun di pasaran lebih lama daripadanya adalah sesuatu yang tidak patut berlaku.

Ini juga mungkin bukan satu masalah jika anda tidak kisah untuk menggunakan jam ini sebagai penjejak kualiti tidur, dimana Samsung juga telah memperkenalkan aksesori Samsung Galaxy Ring sebagai penjejak biometrik harian, tetapi ia juga adalah sebuah aksesori tambahan bernilai RM2000 yang saya tidak begitu pasti adalah sesuai untuk disyorkan khususnya dengan lambakan aksesori elektronik yang sudahpun ada di sekeliling kita.

Ada Apa Dalam Kotak

Ini adalah apa yang ditawarkan dalam kotak Samsung Galaxy Watch8 Classic apabila anda membelinya:

  • 1x muka jam Samsung Galaxy Watch8 Classic
  • 1x tali jam kulit sintetik
  • 1x pengecas jam magnetik

Penutup

Samsung Galaxy Watch8 Classic pada pendapat saya adalah sebuah jam tangan pintar yang sangat baik jika anda seorang pengguna peranti pintar Samsung Galaxy. Dengan model ini, Samsung telah memperbaiki mutu penggunaan, penawaran dan perisian jam pintar ini untuk membolehkannya hadir dengan banyak ciri-ciri baik dan berguna untuk pelbagai jenis pengguna.

Samsung Galaxy Watch 8 Classic Edited 8

Isu terbesar saya masih lagi dengan jangka hayat bateri dan juga kelajuan pengecasan jam ini yang pada pendapat saya masih jauh di belakang apabila dibandingkan dengan sejumlah penawaran jam pintar lain di pasaran sekarang.

Pro:

  • Rekaan jam yang cantik
  • Paparan cerah
  • Integrasi dengan peranti pintar Samsung yang sangat baik
  • Banyak ciri-ciri sokongan sukan dan kesihatan
  • Tahan lasak

Kontra:

  • Banyak fungsi jam hanya boleh dimanfaatkan bersama peranti Samsung
  • Beberapa ciri kesihatan yang memerlukan aksesori tambahan seperti pembaca tekanan darah
  • Jangka hayat bateri terlalu singkat
  • Pengecasan bateri yang terlalu lama



Source link