MELAKA: Pelawak dan penyampai radio, Ajak Shiro mendedahkan, terdapat individu tidak bertanggungjawab yang cuba memperdaya orang ramai dengan menggunakan nama jenama restorannya bagi tujuan pelaburan palsu. Ajak atau nama sebenarnya Mohd. Hanaffi Razak, 39, berkata, beliau menerima panggilan daripada seseorang yang ingin mengesahkan sama ada pelaburan itu di bawah kelolaannya atau tidak. Menurutnya, individu itu hampir membuat bayaran pendahuluan pelaburan sebanyak RM100,000 untuk membuka cawangan baharu selepas diyakinkan suspek yang…






