Malaysia Oversight

UNESCO Iktiraf Kuala Lumpur Sebagai Bandar Kreatif

By Amanz in November 3, 2025 – Reading time 2 minute
UNESCO Iktiraf Kuala Lumpur Sebagai Bandar Kreatif


UNESCO Iktiraf Kuala Lumpur Sebagai Bandar Kreatif

November 3, 2025
Lain-lain

Amy Maizuraa

Kuala Lumpur baru-baru ini diiktiraf sebagai ahli baharu dalam Rangkaian Bandar Kreatif UNESCO (UCCN) bagi bidang reka bentuk atau City of Design. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) turut mengesahkan perkara ini dan pada masa yang sama menunjukkan komitmen berterusan bandar raya tersebut untuk menjadikan kreativiti, inovasi dan reka bentuk sebagai pemacu utama pembangunan Lestari.

kualalumpur

Pengiktirafan ini menjadi titik tolak penting buat Kuala Lumpur untuk tampil sebagai bandar yang lebih terbuka dan maju dalam dunia reka bentuk global. Ia juga seiring dengan hala tuju Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 dan aspirasi Warisan KL.

Kejayaan ini terhasil daripada kerjasama erat antara DBKL, , komuniti, institusi akademik dan industri reka bentuk yang bersama membangunkan ekosistem reka bentuk yang berkembang. Sebagai City of Design, Kuala Lumpur turut berhasrat untuk menarik lebih banyak pelaburan dan bakat dalam sektor reka bentuk serta ekonomi kreatif.

KL 03

Selain itu, Kuala Lumpur turut terus mengukuhkan peranannya sebagai hab kreatif serantau dengan memperbaiki dasar perancangan bandar berasaskan reka bentuk dan kesejahteraan komuniti. Pada masa yang sama, bandar ini aktif menjalin kerjasama global melalui rangkaian UNESCO Creative Cities Network.

KL 02
Pintasan Saloma

Dengan pengiktirafan ini, Kuala Lumpur kini menjadi sebahagian daripada barisan bandar UNESCO di Malaysia. Antara bandar lain turut tersenarai ialah George Town dan Melaka sebagai Tapak Warisan Dunia, Ipoh dan Kuching sebagai bandar kreatif, Langkawi sebagai geopark global serta Banjaran Crocker sebagai rizab biosfera.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link