Malaysia Oversight

Sound Blaster Kembali Dengan Aksesori Audio Modular

By Amanz in November 3, 2025 – Reading time 1 minute
Sound Blaster Kembali Dengan Aksesori Audio Modular


Sound Blaster Kembali Dengan Aksesori Audio Modular

November 3, 2025
Audio

Effi Saharudin

Semasa di zaman awal PC, kad audio Creative Sound Blaster ialah satu keperluan sekiranya anda ingin menikmati audio yang mantap. Sound Blaster PCI 128 ialah kad awal yang sendiri miliki sebelum kemudiannya berpindah ke Sound Blaster Live! yang menawarkan audio pada kualiti lebih tinggi. Era Creative telah berakhir tetapi mereka kini masih wujud dan menawarkan aksesori audio baharu Sound Blaster Re:Imagine.

Sound Blaster Re Imagine C

Sound Blaster Re:Imagine ialah aksesori audio modular yang memberikan sambungan audio secara USB-C, optikal dan bicu audio 3.5. Aksesori modular ini mengandungi tombol kawalan audio, tahap treble, tahap bass, mengubah input audio dan skrin sesentuh yang menunjukkan tetapan EQ audio.

Sound Blaster Re Imagine D

Menerusi hab ini, aksesori audio boleh disambungkan kepada DAC yang terbina. Ia turut boleh menjadi hab kepada aksesori audio yang disambung secara bluetooth. Hab ini dilengkapi juga dengan pemproses lapan teras, memori 16GB RAM dan menggunakan sistem operasi Linux. Sound Blaster Re:Imagine serasi digunakan dengan PC, Windows, Linux dan juga konsol.

Sound Blaster Re Imagine A

Creative sedang mengumpul dana untuk melancarkan Sound Blaster Re:Imagine menerusi laman Kickstarter dengan ia boleh ditempah pada harga $328 (~RM 1377) sebuah.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link