(Ura-Ura) Vivo X300 Ultra Dilaporkan Mungkin Memasuki Pasaran Global
Amy Maizuraa
Setakat ini, siri Ultra bagi peranti vivo hanya ditawarkan secara eksklusif di China. Namun, keadaan ini dijangka berubah apabila vivo dilaporkan sedang merancang pelancaran versi global untuk model mercu terbaharunya X300 Ultra. Langkah ini sekali gus menandakan berakhirnya penawaran terhad siri Ultra yang sebelum ini tidak tersedia untuk pasaran global.

Menurut sumber, peranti Vivo X300 Ultra telah dikesan dalam pangkalan data GSMA dengan nombor model baharu V2562 yang tidak sepadan dengan penamaan biasa bagi model Vivo di China. Perkara ini memberi petunjuk bahawa Vivo mungkin sedang menyediakan versi global untuk model berkenaan.

Perkembangan ini turut menguatkan spekulasi bahawa peranti bakal menembusi pasaran antarabangsa dalam masa terdekat. Ini sekali gus membuka peluang kepada pengguna di luar China untuk menikmati ciri dan teknologi terkini yang ditawarkan oleh model mercu tersebut.
Setakat ini, vivo masih belum mengumumkan tarikh pelancaran rasmi bagi model ini namun kemunculan nombor model baharu dalam pangkalan data antarabangsa menjadi petunjuk awal bahawa pelancaran luar China mungkin berlaku dalam masa terdekat.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






