Malaysia Oversight

Peranti Olok-Olok Apple iPhone 17 Tertiris

By Amanz in April 24, 2025 – Reading time 1 minute
Peranti Olok-Olok Apple iPhone 17 Tertiris


Apple

Peranti Olok-Olok 17 Tertiris

April 24, 2025

Effi Saharudin

Rekaan yang akan digunakan untuk empat model 17 tahun ini telahpun tertiris selepas acuan logam yang digunakan untuk menghasilkan kerangka tertiris pada awal Mac lalu. Minggu ini empat peranti olok-olok 17 teriris menunjukkan rekaan yang bakal digunakan dengan lebih jelas.

Apple iPhone 17 A

Pada model iPhone 17 Pro dan 17 Pro Max, sistem trikamera di bahagian belakang masih lagi dikekalkan tetapi ia diletakkan dalam bonggol kamera besar yang mengambil sepenuhnya bahagian atas peranti. Wujud ura-ura beberapa bulan lalu akan menggunakan rekaan dwi-tona tetapi dikhabarkan telah dibatalkan. Bonggol dipercayai akan menggunakan bahan kaca yang membuatkan peranti kelihatan seperti sebuah Google Pixel.

Apple iPhone 17 B

iPhone 17 Air ialah peranti yang paling nipis dengan ia hanya mempunyai satu kamera di belakang yang diletakkan dalam bonggol kamera memanjang berbentuk bujur. iPhone 17 Air lebih mirip dengan sebuah Pixel 9 XL berbanding iPhone 16e yang baru dipasarkan tahun ini.

Akhir sekali ialah iPhone 17 yang mengekalkan rekaan bonggol kamera kecil seperti model tahun 2024. Ketiga-tiga peranti dijangka dilancarkan pertengahan September depan dengan sistem operasi iOS 19 yang akhirnya akan membawakan Siri dengan kecerdasan buatan yang dijanjikan tahun lalu.

Komen

Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.



Source link