Malaysia Oversight

Samsung Galaxy A07 Ditawarkan Percuma Menerusi Pelan CelcomDigi Dengan Jaminan Kemaskini Selama 6 Tahun

By Amanz in November 3, 2025 – Reading time 2 minute
Samsung Galaxy A07 Ditawarkan Percuma Menerusi Pelan CelcomDigi Dengan Jaminan Kemaskini Selama 6 Tahun


Samsung Galaxy A07 Ditawarkan Percuma Menerusi Pelan CelcomDigi Dengan Jaminan Kemaskini Selama 6 Tahun

November 3, 2025
Samsung

Ikhwan Nazri

Adakah anda sedang mencari telefon pintar yang berada dalam kelas paling mampu milik, dan menjanjikan prestasi yang baik seiring kelasnya? Pelbagai jenama pastinya menyediakan sesuatu dalam kelas ini namun Samsung Malaysia tampil berbeza menerusi Samsung Galaxy A07 yang dijamin kemaskininya selama 6 tahun dan lebih menarik lagi ia ditawarkan percuma menerusi pelan CelcomDigi menerusi Pakej Megajimat iaitu komitmen paling rendah selama 12 bulan. 

image 3
image 6

Samsung Galaxy A07 merupakan peranti kelas permulaan, yang mempunyai spesifikasi asas seperti cip MediaTekG99 6nm 6GB RAM, skrin paparan bersaiz 6.7-inci dengan kadar segar semula 90Hz, ketahanan debu dan air IP54 malah turut dilengkapi dengan kamera utama 50MP dan kamera swafoto 8MP. Untuk bateri pula, ia mempunyai bateri sebesar 5,000 mAh. Satu kelebihan yang ada pada Galaxy A07 adalah kapasiti storan 256GB yang diberikan, lebih besar jika dibandingkan dengan storan yang ditawarkan peranti Android yang lain dalam kelas permulaan.

image 4

Jelas sekali dari segi spesifikasi, ia merupakan telefon yang baik ditawarkan untuk pengguna, mencukupi keperluan asas yang patut ada pada telefon pintar. Bagi melengkapkan penawaran ini, Samsung memberikan kemaskini sebanyak 6 kali serta sokongan kemaskini sekuriti selama 6 tahun. Ini membolehkan Galaxy A07 ini boleh berfungsi untuk satu masa yang lama, yang mana sangat berbeza dengan peranti Android yang lain yang biasanya mungkin tidak lagi menawarkan kemaskini melebihi 5 tahun. 

image 5

Bagi mendapatkan Samsung Galaxy A07 ini, apa yang anda perlu lakukan hanyalah pergi mendaftar Pakej Megajimat di mana-mana cawangan CelcomDigi. Ia tersedia secara percuma menerusi pakej komitmen serendah 12 bulan. Jika anda sentiasa inginkan peranti yang berbaloi harganya dan juga prestasi, juga dilengkapi dengan jaminan penggunaan yang berpanjangan hasil dari sokongan kemaskini selama 6 tahun, anda tidak akan salah pilih dengan Samsung Galaxy A07. 

image 7

Penafian: Advertorial dari Samsung Malaysia

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link