Malaysia Oversight

Honor Mengacah Kehadiran Honor Magic8 Pro Ke Malaysia Tidak Lama Lagi

By Amanz in November 3, 2025 – Reading time 1 minute
Honor Mengacah Kehadiran Honor Magic8 Pro Ke Malaysia Tidak Lama Lagi


Honor Mengacah Kehadiran Honor Magic8 Pro Ke Malaysia Tidak Lama Lagi

November 3, 2025
Honor

Aman

Pada pertengahan bulan Oktober 2025 lepas, Honor secara rasminya telah memperkenalkan telefon mercu terbaru mereka, siri Honor Magic8. Kini, selang beberapa minggu, Honor Malaysia telah mula mengacah kehadirannya untuk pasaran tempatan.

Magic8Pro Malaysia

Honor Magic8 Pro hadir dengan skrin 6.7-1inci OLED FHD+, dikuasakan cip Snapdragon 8 Elite Gen5 yang terbaru, serta menawarkan padanan memori sehingga 16GB RAM dan storan sehingga 1TB. Honor Magic8 Pro turut menyertakan tiga kamera belakang dengan sensor utama 50MP yang dipadankan bersama sensor ultralebar 50MP dan telefoto 200MP yang menyokong zum optikal sehingga 3x. Ia turut menyertakan bateri 7200mAh dengan sokongan pengecasan pantas 100W.

Honor Magic 8 pro 9

Seperti pelbagai peranti mercu lain, siri Honor Magic8 hadir dengan Android 16 menggunakan antaramuka MagicOS 10, selain turut mengintegrasikan pelbagai ciri berasaskan kecerdasan buatan padanya.

Buat masa ini, tarikh dan harga jualannya masih belum diumumkan. Memandangkan Honor telah mula mengacahnya, kita mungkin melihat pengenalannya secara rasmi tidak lama lagi.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link