Apple Dijangka Menggunakan Model AI Berasaskan Google Gemini Dalam Menguasakan Siri
Aman
Apple sedia menghadapi pelbagai cabaran dalam membangunkan model kecerdasan buatan janaan mereka tersendiri, sekaligus membuatkan mereka tertinggal dalam arena berkenaan. Sebagai alternatif untuknya, kini ia dikatakan Apple bekerjasama dan membayar Google dalam membangunkan sebuah model berasaskan Gemini, untuk digunakan pada Siri.
Model ini dikatakan akan dibangunkan khusus untuk Apple, serta dioptimasikan untuknya, membolehkan ia dijalankan pada pelayan peribadi Apple. Model ini hanya akan menguasakan Siri, dan tidak akan menyertakan integrasi perkhidmatan Google dan lain-lain, mahupun ciri-ciri Gemini seperti pada peranti Android.

Dengan langkah ini, ia akan memastikan Siri dikuasakan dengan model yang baik dan berkuasa, serta beroperasi sepenuhnya dibawah antaramuka Siri. Ia tidak diketahui lagi sama ada kerjasama kedua-dua pihak ini akan diumumkan atau sebaliknya.
Selain itu, Tim Cook turut menyatakan mereka akan mengintegrasikan akses kepada lebih banyak model melalui Apple Intelligence. Pada hari ini, Apple sedia mengintegrasikan ChatGPT rentas peranti melalui Apple Intelligence.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






