Malaysia Oversight

Mahsuri Dagang, Kolej SEGi Pulau Pinang jalin kerjasama

By Utusan in November 3, 2025 – Reading time 2 minute
Mahsuri Dagang, Kolej SEGi Pulau Pinang jalin kerjasama


GEORGE TOWN: Syarikat pengeluar kicap dan sos tempatan, Mahsuri Dagang Sdn. Bhd. be­kerjasama dengan Kolej SEGi Pulau Pinang untuk menyedia serta mengagihkan lebih 100 bento ke beberapa rumah kebajikan di negeri ini sempena sambutan Hari Makanan Sedunia 2025.

Bertemakan Spread the Love Bento 3.0-Share a Meal, Share the Love!, kerjasama itu merupakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi menyemai nilai keprihatinan dan mengga­lakkan amalan kulinari mampan dalam kalangan pelajar serta komuniti setempat.

Pengarah Hal Ehwal Luar Mahsuri Dagang Sdn. Bhd., Mohd. Jazri Ikmal Hijaz berkata, program tersebut menjadi platform terbaik bagi memperkukuh hubungan antara industri dan institusi pendidikan.

“Program CSR bersama Kolej SEGi Pulau Pinang ini adalah inisiatif pertama kami tahun ini. Di kolej ini, pelajar kulinari telah menggunakan produk kami se­perti kicap lemak manis dan sos tiram Mahsuri dalam setiap penyediaan bento,” katanya pada maj­lis tersebut semalam yang turut dihadiri Pengetua Kolej SEGi Pulau Pinang, Dr. Leong Mi-Chelle.

Mengulas lanjut, Mohd. Jazri berkata, penggunaan produk Mahsuri dalam hidangan berkenaan membuktikan kepercayaan industri kulinari terhadap kualiti dan keseragaman rasa produk tempatan yang sesuai digunakan oleh semua rakyat Malaysia.

Dalam pada itu, Dr. Leong menjelaskan, sambutan Hari Makanan Sedunia bukan sekadar peringatan terhadap kepen­tingan makanan tetapi juga satu seruan untuk bertindak demi masyarakat.

“Di SEGi, kami percaya pendidikan harus melangkaui bilik darjah dan melalui inisiatif seperti Spread the Love Bento, pelajar kami belajar erti empati, tanggungjawab sosial serta kelestarian dalam tindakan sebenar,” ujarnya.-UTUSAN.





Source link