Malaysia Oversight

Rafizi letak jawatan menteri jika kalah pemilihan PKR

By MkiniBM in May 10, 2025 – Reading time 2 minute
Rafizi letak jawatan menteri jika kalah pemilihan PKR


Penyandang timbalan presiden Rafizi Ramli menyatakan kesediaan untuk meletakkan jawatan sebagai menteri ekonomi jika gagal mempertahankan jawatannya dalam pemilihan akan datang.

Mengakui dia sebenarnya agak lega dengan kemungkinan itu, menteri ekonomi itu berkata dia akan mempunyai lebih banyak masa dan lebih bebas bersuara dalam pelbagai isu.

“Kalau saya kalah saya letak jawatan dan jadi ahli parlimen biasa, saya bersyukur kerana ada hikmah beberapa perkara. Saya tak dibebankan dengan tugas jadi menteri.

“Teruk tahu jadi menteri. Banyak tanggungjawab, tak terbuat. Yang kedua saya lagi gembira, mulut dan tangan saya tak terikat.

“Sebelum ini saya anggota pentadbiran. Kalau saya tak setuju pun, contohnya Azam Baki dilantik semula (sebagai ketua pesuruhjaya SPRM), saya tak boleh sebut secara terbuka sebab saya anggota pentadbiran. Ia akan langgar etika kerana keputusan dibuat oleh perdana menteri. Jadi saya terpaksa tutup mulut,” katanya dalam siaran langsung podcast Yang Bakar Menteri.

Mengulas contoh lain, Rafizi berkata dia juga terpaksa berdiam diri meski tidak bersetuju dengan Ketua Pemuda Dr Akmal Saleh mengenai pelbagai isu.

Katanya, sekiranya dia bersuara, ia akan mengakibatkan media melaporkan tentang perbalahan antara menteri.

Rafizi dicabar oleh sekutu lama untuk jawatan timbalan presiden .

Awal hari ini, – yang merupakan anak Perdana Menteri Ibrahim – secara terbuka mengkritik pelantikan semula Azam yang merupakan kali ketiga di bawah pentadbiran .

mendapat sokongan luas dari dalam PKR, dengan banyak bahagian menjanjikan sokongan untuknya sebagai timbalan presiden.

Ini memberikan gambaran Rafizi berdepan cabaran besar untuk mengekalkan jawatannya.



Source link