Malaysia Oversight

Arsenal kekal gah di puncak liga

By Utusan in November 2, 2025 – Reading time 2 minute
Arsenal kekal gah di puncak liga


BURNLEY: Arsenal terus mengukuhkan cengkaman dalam pemburuan takhta Liga Perdana Inggeris(EPL) selepas mencatat kemenangan meyakinkan 2-0 ke atas Burnley di Stadium Turf Moor,semalam.

Skuad kendalian Mikel Arteta tidak menunggu lama untuk membuka jaringan apabila Viktor Gyokeres menolak masuk bola hantaran Gabriel hasil sepakan sudut pada minit ke-14, sebelum Declan Rice menggandakan kedudukan menerusi tandukan kemas berpunca daripada umpanan silang Leandro Trossard pada minit ke-35.

Kelebihan dua gol itu sudah cukup memastikan The Gunners selesa mendahului separuh masa pertama, manakala Burnley pula terus buntu tanpa sebarang percubaan tepat ke arah gawang lawan.

Memasuki babak kedua, Burnley cuba bangkit mencari gol, namun kekentalan benteng Arsenal terus menjadi penghalang. 

Anak buah Arteta kini merekodkan tujuh perlawanan berturut-turut tanpa bolos sekaligus membuktikan disiplin pertahanan mereka berada di tahap tertinggi musim ini.

Kemenangan itu meletakkan Arsenal di tangga teratas dengan 25 mata selepas 10 perlawanan, tujuh mata di hadapan Bournemouth yang akan turun beraksi malam ini.

Dalam pada itu, Arteta menyifatkan persembahan anak buahnya antara yang paling mantap untuk musim ini.

“Kami bermula dengan cukup baik, mencipta banyak peluang dan bertahan dengan tenang. 

“Separuh masa kedua agak perlahan, tetapi secara keseluruhan saya sangat berpuas hati,” katanya.-AGENSI

 





Source link