Malaysia Oversight

Singapura Sita Aset Bernilai S$ 150 Juta Kerana Terpalit Penipuan Penyembelihan Khinzir Kemboja

By Amanz in November 2, 2025 – Reading time 1 minute
Singapura Sita Aset Bernilai S$ 150 Juta Kerana Terpalit Penipuan Penyembelihan Khinzir Kemboja


Singapura Sita Aset Bernilai S$ 150 Juta Kerana Terpalit Penipuan Penyembelihan Khinzir Kemboja

November 2, 2025
Kewangan

Effi Saharudin

Polis Republic Singapura menyita aset bernilai S$150 juta (~RM 483 juta) milik Prince Group yang terlibat dengan jenayah penipuan penyembelihan khinzir di Kemboja. Rampasan adalah dalam bentuk enam hartanah, akaun bank, wang tunai, 11 kereta, minuman dan kapal layar.

Ini ialah rampasan aset besar-besaran melibatkan Prince Group tahun ini. Bulan lalu Jabatan Keadilan Amerika (DOJ) mereka merampas Bitcoin bernilai $15 bilion (~RM 63 bilion) daripada dompet kripto yang digunakan oleh sindiket yang beroperasi di Kemboja.

Singapura

Bitcoin dimiliki oleh, Chen Zhi yang mengetuai Prince Group. Dari luar, Prince Group yang ditubuhkan pada tahun 2015 beroperasi sebagai sebuah syarikat hartanah dan kewangan tetapi ia hanyalah helah untuk menutup operasi sebenar melakukan penipuan atas talian.

Selain menipu mangsa menggunakan teknik “menyembelih khinzir”, Prince Group juga terlibat dengan jenayah perdagangan manusia dengan individu yang ditipu dengan pekerjaan mewah ditahan untuk menjadi hamba melakukan operasi.

Penipuan penyembelihan khinzir menerima namanya kerana mangsa akan dibela oleh penjenayah di peringkat awal sebelum ditipu dengan meminta wang dalam jumlah besar diserahkan sama seperti bagaimana petani menjaga khinzir yang kemudiannya disembelih.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link