Malaysia Oversight

Kutip RM73.64 juta, Blood Brothers: Bara Naga rangkul Anugerah Khas Box Office FFM34

By Utusan in November 1, 2025 – Reading time 1 minute
Kutip RM73.64 juta, Blood Brothers: Bara Naga rangkul Anugerah Khas Box Office FFM34


KUALA LUMPUR: “Terima kasih rakyat Malaysia kerana menonton filem Malaysia.”

Demikian ucapan pengarah, Syafiq Yusoff selepas filem arahannya, Blood Brothers Bara Naga merangkul Anugerah Khas Filem Box Office pada Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34).

Anugerah tersebut diberikan kepada Skop Production atas kejayaan filem berkenaan yang merekodkan kutipan tertinggi tahun ini iaitu mencecah RM73.64 juta.

Sebanyak 30 kategori dipertandingkan  dalam FFM kali ini dengan Blood Brothers mendominasi  13 pencalonan. – UTUSAN





Source link