Malaysia Oversight

M’sia berdepan tarif 100 peratus jika tolak perjanjian timbal balas AS

By MkiniBM in November 1, 2025 – Reading time 1 minute
M'sia berdepan tarif 100 peratus jika tolak perjanjian timbal balas AS


Malaysia boleh berdepan tarif ekport ke Amerika Syarikat sehingga 100 peratus jika menolak Perjanjian Perdagangan Timbal Balas Malaysia-AS yang baru dimeterai, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Abdul Aziz hari ini.

Dalam kenyataan bagi menjawab kritikan bekas perdana menteri Yassin terhadap perjanjian itu, Tengku Zafrul berkata keenganan menerima perjanjian tersebut bukan sahaja mengancam daya saing eksport Malaysia, malah menjejaskan keyakinan pelabur terhadap negara.

“Jika Malaysia menolak perjanjian ini, AS dijangka menaikkan semula kadar tarif kepada kadar asal 24 peratus atau kadar yang jauh lebih tinggi (30 peratus, 40 peratus, 50 peratus, malah 100 peratus).

“Ini secara langsung akan melumpuhkan daya saing eksport Malaysia ke pasaran AS,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook.

Tengku Zafrul menegaskan bahawa perjanjian itu juga melibatkan kelangsungan punca rezeki jutaan rakyat Malaysia merentasi sektor utama (Elektrik & Elektronik, Aeroangkasa, Getah, Koko, Farmaseutikal).

“Keengganan bertindak pantas akan menyebabkan jutaan rakyat Malaysia terancam hilang punca pendapatan,” katanya.

[Berita penuh menyusul]



Source link