Malaysia Oversight

Haramkan penggunaan istilah kuil haram, keling

By MkiniBM in April 24, 2025 – Reading time 2 minute
Haramkan penggunaan istilah kuil haram, keling


Presiden Gerakan Dominic Lau menggesa mengharamkan penggunaan istilah yang menghina seperti “kuil haram” dan “keling”, yang kini didakwa digunakan secara meluas di media sosial.

perlu mengharamkan penggunaaan istilah ‘K’ yang seolah-olah memperlekehkan masyarakat India di sini.

“Cukuplah nak rujuk hikayat, yang perlu kita rujuk sekarang adalah sentimen, rasa hormat dan kebijaksanaan mengeratkan perpaduan.

“Gerakan juga menyeru untuk menoktahkan perkataan ‘haram’ yang disangkut bersama tempat ibadat masyarakat India kebelakangan ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Lau mengulas kenyataan Timbalan Presiden , M yang memohon agar Perdana Menteri Ibrahim mengarahkan semua agensi dan jabatan berhenti menggunakan istilah “kuil haram”.

Rayuan bekas menteri itu dikemukakan susulan maklum balas daripada pihak pengurusan Hospital Taiping terhadap aduan berhubung sebuah tempat ibadat yang terletak di kawasannya.

a5d600aa1121964abd5ab46a0a85d5fa

Dalam jawapan rasmi bertajuk “Maklumbalas PCB 965228 – Aduan Kuil Haram”, Timbalan Pengarah Hospital Taiping Arni Nadhirah Abdul Hadi menyatakan bahawa tindakan lanjut sedang diambil mengikut tatacara yang sewajarnya.

Semalam, jurucakap kerajaan, Fadzil berkata kabinet tidak membincangkan gesaan untuk mengharamkan istilah itu.

Bagaimanapun Saravanan berkata, tidak memerlukan persetujuan kabinet untuk mengharamkan istilah tersebut.

Mengenai tempat ibadat, Lau berkata keberadaan sesebuah tempat ibadat perlu dirujuk secara menyeluruh melibatkan proses, kajian sejarah, usaha yang telah diambil dan sebagainya, serta bukan sekadar hak milik tanah.

“Perspektif undang-undang perlu diiringi keperluan pemahaman dan keadilan yang nyata,” tambah Lau.

Mengenai perkataan “keling” pula, Lau menggesa mencontohi bekas perdana menteri yang menentang penggunaan istilah yang menghina seperti itu.

“Saya kagum dengan tindakan pantas Menteri Perpaduan Negara yang peka dengan persekitaran masyarakat majmuk kita, namun saya mohon pentingnya kementerian menyemak dan mengukuhkan semula undang-undang yang menyentuh kepada perpaduan Bangsa Malaysia,” ujarnya.



Source link