Malaysia Oversight

Mexico saman Google kerana tukar nama Gulf of Mexico

By MkiniBM in May 10, 2025 – Reading time 1 minute
malaysiakini logo


Mexico telah memfailkan saman terhadap syarikat gergasi internet Google berhubung pelabelan “Gulf of America” dalam perkhidmatan Peta Google, kata Presiden Mexico Claudia Sheinbaum pada Jumaat.

Sheinbaum tidak banyak memperincikan butiran saman itu semasa sidang media hariannya. Google juga belum mengeluarkan sebarang komen, lapor agensi berita Jerman dpa.

Pada Februari lalu, Google menukar nama Gulf of Mexico kepada Gulf of America bagi pengguna di Amerika Syarikat selepas AS secara unilateral menamakan semula kawasan perairan itu.

Bagi pengguna di luar AS, kedua-dua nama berkenaan masih dipaparkan.

Presiden AS ketika itu, Donald , mengarahkan penamaan semula kawasan perairan di pantai selatan AS dan Pantai Timur Mexico sebagai menghormati “kehebatan Amerika” sejurus selepas beliau memegang jawatan.

Nama semasa bagi teluk di pantai selatan AS itu telah digunakan sejak abad ke-16.

Perairan berkenaan meliputi negeri-negeri AS seperti Texas, Louisiana, Mississippi, Alabama dan Florida, selain turut bersempadan dengan Mexico dan Cuba. Menurut dekri , penukaran nama itu terpakai sehingga ke sempadan maritim Mexico dan Cuba.

Bernama-dpa



Source link