Malaysia Oversight

Bluesky Kini Mencapai 40 Juta Pengguna – Meneruskan Pembangunan Media Sosial Sihat

By Amanz in November 1, 2025 – Reading time 1 minute
Bluesky Kini Mencapai 40 Juta Pengguna – Meneruskan Pembangunan Media Sosial Sihat


Bluesky Kini Mencapai 40 Juta Pengguna – Meneruskan Pembangunan Media Sosial Sihat

November 1, 2025
Web 2.0

Aman

Bluesky hari ini berkongsi beberapa perkembangan pada platform mereka, termasuk menyatakan kini platform mereka mempunyai 40 juta pengguna berdaftar. Angka pengguna aktif tidak dinyatakan, namun ia memperlihatkan perkembangan sihat platform tersebut.

Selari dengannya juga, pihak Bluesky menyatakan beberapa perubahan yang akan diperkenalkan pada platform sosial tersebut. Salah satunya adalah butang “Dislike” pada perkongsian, sekaligus membolehkan algoritma lebih memahami kandungan yang anda suka dan tidak.

Bluesky 1

Selain itu, Bluesky juga kini memfokuskan kepada konteks sesuatu balasan pada perkongsian. Berbanding memaparkan terus butang balas, pengguna kini akan diperlihatkan dahulu dengan keseluruhan bebenang perkongsian, sebelum butang balas – sekaligus membolehkan anda mendapatkan konteks perkongsian sepenuhnya.

Bluesky juga turut menyatakan akan terus menambah-baik sistem mereka, dan melihat apakah yang berfungsi dan berjalan lancar, serta sebaliknya pada sistem mereka.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link