
Samsung Merancang Beli 50,000 GPU NVIDIA Dalam Membina “Kilang AI Mega”
Aman
Samsung kini mengumumkan kerjasama dengan NVIDIA, dan menyatakan perancangan untuk membeli 50,000 GPU NVIDIA, dan akan menggunakannya dalam membangunkan sebuah fasiliti khusus yang dipanggil “Kilang AI Mega”.
Samsung tidak berkongsi lanjut berkenaan dengannya, tetapi menyatakan ingin menambah-baik pengeluaran cip untuk peranti mudah-alih dan robot melalui penggunaan GPU-GPU ini. Kilang AI ini dikatakan akan mengintegrasikan pelbagai aspek pengeluaran semikonduktor dari segi rekabentuk sehingga ke pemprosesan, operasi dan kawalan kualiti. AI akan digunakan untuk menganalisa secara berterusan, dan pada masa yang sama meramal dan mengoptimasikan pengeluaran dalam masa nyata.
Samsung menyatakan mereka juga turut sedang bekerjasama dengan NVIDIA dalam pelbagai variasi, termasuk dalam membolehkan pembangunan robot yang mengenali persekitaran, dan boleh melakukan keputusan dalam operasi secara pintar.
Kerjasama dengan Samsung ini dilihat diumumkan selari kunjungan CEO NVIDIA ke Korea Selatan pada minggu ini. Selain bersama Samsung, NVIDIA turut dilihat mengumumkan kerjasama dengan Hyundai dan SK Group di negara tersebut.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






