Malaysia Oversight

‘Sabah untuk Orang Sabah’ jadi slogan bermusim

By MkiniBM in October 31, 2025 – Reading time 3 minute
‘Sabah untuk Orang Sabah’ jadi slogan bermusim


WAWANCARA | Ketua Bersatu Sabah Ronald Kiandee mempertikaikan seruan “Sabah untuk Orang Sabah” mendakwa ia kini sekadar slogan bermusim yang timbul sebelum pilihan raya lalu menghilang selepasnya.

Ahli parlimen Beluran itu berkata slogan itu yang dulu menjadi laungan hak dan autonomi negeri, telah dilunturkan oleh oportunisme politik.

“Sabah untuk Orang Sabah ialah perjuangan menuntut hak Sabah dalam Malaysia, khususnya di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Tiada unsur anti-persekutuan di situ.

“Masalahnya cara ia digunakan. Ada yang menjadikannya slogan mudah ikut musim,” katanya kepada Malaysiakini.

7ad348a4167cdb586cb36a7803c2e8c0

Kiandee berkata sepanjang pemerintahan panjang dari 1994 hingga 2018, slogan itu hampir lenyap.

“Kita bahkan tidak bercakap lagi tentang parti berasaskan Sabah. Ia muncul bila ada kepentingan politik semata-mata,” ujarnya.

Menghuraikan lanjut, Kiandee berkata dia setuju dengan sentimen di sebalik slogan “Sabah untuk Orang Sabah” namun melihatnya berbeza berbanding pemimpin Warisan, Parti Solidariti Tanah Airku (Star) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).

“Saya juga sokong Sabah untuk Orang Sabah. Tetapi bagi saya, maknanya menuntut hak Sabah dalam Malaysia, bukan menentang Malaysia. Kita perlu lihat dari perspektif nasional,” katanya.

Jangan asingkan diri

Bekas menteri itu menegaskan autonomi bermakna hanya boleh dicapai melalui penglibatan persekutuan bukan pengasingan politik.

“Soalnya cara menuntut hak itu: adakah kita menjerit dari luar, atau kita duduk di meja keputusan,” katanya.

Sebagai contoh, Kiandee mengimbas ketika dia menjadi menteri pertanian persekutuan apabila dia memindahkan kuasa pelesenan perikanan laut dalam kepada Jabatan Perikanan Sabah.

dd6f1dd4e4d0c0ca6a0da82f59724940

“Perkara begitu hanya boleh dibuat jika kita berada dalam persekutuan, menjadi pembuat dasar, bukan sekadar pelaksana,” tegasnya.

Menyindir pesaingnya, Kiandee berkata sejarah politik Sabah menunjukkan parti yang pernah melaungkan “anti-persekutuan” akhirnya kembali menyertai gabungan nasional apabila ada peluang dan waktu sesuai.

“PBS pernah beralih anti-persekutuan tetapi kemudian sertai . Hampir semua parti yang dikatakan berasaskan Sabah kembali ke politik persekutuan apabila menguntungkan,” katanya.

Dia menyifatkan corak itu sebagai “politik kemudahan yang diselindung sebagai nasionalisme”.

PN ambil pendekatan terlibat

Menyentuh Perikatan Nasional (PN), Kiandee berkata pendekatan gabungan itu terhadap MA63 dan hak negeri berakar pada keterlibatan, bukan konfrontasi.

Menurutnya, PN komited mempertahankan hak perlembagaan Sabah, termasuk tuntutan 40 peratus hasil, melalui kerjasama dengan institusi persekutuan dan bukannya permusuhan terbuka.

“MA63 jangan dipolitikkan. Sama ada dalam parti berasaskan Sabah atau persekutuan, perjuangannya sama,” katanya, sambil menambah PN melihat MA63 sebagai kewajipan nasional, bukan alat kempen setempat.

33676b5354d731ab5a119c3ad73608a6

Kata Kiandee fokusnya berusaha dalam sistem untuk mendapatkan layanan adil untuk Sabah.

“Setiap kali kita bercakap pasal MA63, ada gaya pertuturan yang mungkin dilihat pusat sebagai bermusuhan. Itulah masalahnya,” katanya.

Menurutnya, usaha PN menuntut hak Sabah perlu dibuat “tanpa permusuhan” kerana sikap antagonis terhadap Kuala Lumpur boleh menjejaskan kemajuan.

“Memperjuangkan hak Sabah tidak menjadikan kita anti-persekutuan. Yang penting tahu medan perjuangan—di dalam sistem, bukan di luar,” katanya

Sabah dinamik

Mengakui PN kini pembangkang di peringkat negeri dan persekutuan, Kiandee berkata fokusnya tetap membina pengaruh Sabah “dalam sistem”, bukan melalui konfrontasi politik.

“Politik Sabah dinamik. Kita akan masuk di bawah PN, tapi kita bukan datang untuk bermusuh,” katanya.

Jika PN membentuk Sabah selepas ini, katanya gabungan itu akan memilih keterlibatan membina dengan , bukan konflik terbuka.

67d307c969d3065e155d60eabe3fb046

“Kita tetap boleh mempertahankan hak Sabah, tetapi perlu dibuat tanpa permusuhan,” katanya.

Mengenai hak perlembagaan Sabah ke atas 40 peratus hasil persekutuan, pemimpin Bersatu itu mengulangi pendirian bahawa keputusan Mahkamah Tinggi baru-baru ini wajar dihormati.

“Kerajaan persekutuan tidak wajar merayu. Itulah semangat pembentukan negara ini, harapan rakyat Sabah ketika menyertai Malaysia,” tegasnya.

Calon bersih

Menjelang pilihan raya negeri Sabah, Kiandee berkata Bersatu akan menampilkan calon baru dan bersih di bawah panji PN, membezakan mereka daripada beberapa pemimpin kerajaan yang dikaitkan dengan skandal rasuah dan perlombongan.

“Kebanyakannya muka baharu, tanpa beban isu lampau. Pengundi tempatan akan menilai,” katanya.

edd38bb7477715b560c43736a5595d95

Kiandee juga berusaha menenangkan kebimbangan terhadap kerjasama partinya dengan .

“Tiada apa yang perlu ditakutkan. sebahagian daripada PN, dan yang penting bagi pengundi Sabah ialah prestasi, bukan dogma,” katanya.

Kiandee menunjukkan ketika berada dalam kerajaan persekutuan sebelum PRU15, pemimpinnya tidak bercakap tentang pelaksanaan hudud di seluruh negara.

“DAP dan juga pernah bekerjasama dengan PAS sebelum ini,” tambahnya, merujuk kepada gagasan Pakatan Rakyat pada masa lalu.

Menurut Kiandee, PAS mempunyai sayap bukan Muslim sendiri, menandakan perubahan parti itu serta usaha mendekati pengundi yang lebih luas.

[Baca berita asal]



Source link