IQOO Neo11 Dilancarkan – Cip Snapdragon 8 Elite Dan Bateri 7500mAh
Amy Maizuraa
IQOO melancarkan telefon baharu Neo 11 dengan penawaran menarik berkelas mercu. Ia hadir dengan cip Snapdragon 8 Elite dan cip paparan Q2 untuk pengalaman permua lebih lancar, serta dilengkapi kebuk penyejuk cecair VC Ice Dome bagi memastikan suhu kekal stabil semasa penggunaan intensif.

Ia dipadankan dengan skrin AMOLED sebesar 6.82″ beresolusi 2K yang menyokong kadar segar semula sehingga 144Hz. Ia juga dilengkapi kamera utama 50MP Sony LYT700V (OIS) dan kamera ultra lebar 8MP yang menyokong rakaman video 8K. Kamera hadapan 16MP pula menyokong rakaman video sehingga 1080P.

Bateri 7500mAh digunakan dengan sokongan pengecasan pantas 100W melalui port USB-C. Tubuh peranti turut menyokong piawaian IP68/69 bagi pelindungan tambahan terhadap air dan habuk. Di samping itu, ia menjalankan OriginOS 6 berasaskan Android 16 untuk pengalaman penggunaan yang lebih terkini.
Telefon ini dijual di China bermula RMB2599 (~RM 1,531) (12/256GB), RMB2899 (~RM 1,708) (16/256GB) dan RMB2999 (~RM 1,767) (12/512GB).
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






