Honor Power 2 Melalui Fasa Persijilan – Mengesahkan Akan Menyertakan Bateri Mencapai 10,000mAh
Aman
Sejak beberapa bulan lepas, kita telah mendengar laporan berkenaan sebuah telefon pintar baharu yang sedang dibangunkan oleh Honor, yang akan hadir dengan bateri 10,000mAh. Kini, desas-desus dan laporan berkenaan disahkan, apabila Honor Power 2 melalui proses pengesahan dan persijilan di pihak 3C di China.

Melalui proses persijilan berkenaan, Honor Power 2 dilihat menyertakan bateri berkapasiti 9886mAh. Dengan kapasiti berkenaan, ia akan dibundarkan dan dipasarkan sebagai telefon pintar yang menyertakan bateri berkapasiti 10,000mAh.
Ini juga akan menjadi telefon pintar terawal di pasaran dengan bateri sebesar berkenaan yang dipasarkan oleh jenama telefon pintar utama pasaran.
Honor Power 2 ini dikatakan akan menggunakan cip Dimensity 8500, serta skrin bersaiz 6.79-inci. Spesifikasi lain masih tidak diketahui lagi. Honor dijangka akan turut menyertakan beberapa lagi siri telefon dengan bateri berkapasiti besar.
Namun, salah satu persoalan yang menjadi tanda tanya adalah adakah ia akan dipasarkan di Malaysia atau tidak.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






