Malaysia Oversight

Hanya satu belum selesai, kata Saifuddin

By MkiniBM in October 30, 2025 – Reading time 1 minute
Hanya satu belum selesai, kata Saifuddin


Rundingan pembahagian kerusi antara PH dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) ke-17 kini hampir mencapai kata putus dengan hanya satu kerusi masih belum dimuktamadkan.

Ketua Setiausaha PH Saifuddin Nasution Ismail berkata perkara itu antara hasil perbincangan yang diadakan bersama beberapa pimpinan parti PH dan GRS semalam.

“Ya, semalam Pengerusi PH ( Ibrahim) dan , timbalan presiden parti () mengadakan perbincangan dengan Ketua Menteri Sabah (Hajiji Noor) dan juga Masidi Manjun mewakili GRS (Setiausaha Agung GRS).

“Tujuan perjumpaan adalah untuk memuktamadkan proses perbincangan kerusi dan saya boleh sebut di antara keduanya ini sudah pun selesai, kecuali satu.

“Ada sikit lagi kami kena selesaikan,” katanya yang juga menteri dalam negeri.

Saifuddin ditemui selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman projek rintis Badan Pendamai di antara Jabatan Pendaftaran Negara dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara di Kuala Lumpur hari ini.

a2c5fa7284ea5a1b2e90d92b354373f5

Turut hadir Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Nancy Shukri.

Sebelum ini, dan PH dilaporkan telah memuktamadkan pembahagian kerusi bagi PRN Sabah ke-17 untuk memastikan tiada pertembungan sesama sendiri.

Hajiji pada 9 Okt lalu mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, sekali gus memberi laluan kepada PRN diadakan dalam tempoh 60 hari.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 29 Nov ini sebagai hari pengundian manakala tarikh penamaan calon ialah pada 15 Nov, dan tarikh pengundian awal pada 25 Nov.

Bernama



Source link