Malaysia Oversight

‘Cincin hikmat’ akhirnya ditanggalkan dengan pisau bedah

By MkiniBM in October 30, 2025 – Reading time 3 minute
‘Cincin hikmat’ akhirnya ditanggalkan dengan pisau bedah


Penyakit skizofrenia tidak boleh dipandang ringan kerana pesakit betul-betul percaya pada delusi yang dialami.

Seorang pegawai perubatan berkongsi pengalaman berinteraksi dengan golongan itu, yang antaranya kehilangan jari akibat terlalu percayakan “cincin hikmat”.

Ammar Azhar Izham, 34, seorang pegawai perubatan di jabatan psikiatri di sebuah hospital, mendedahkan seorang pesakit terpaksa dipotong jari kerana tidak mahu menanggalkan cincin selama berbulan-bulan.

“Pesakit betul-betul percaya bahawa cincin itu mempunyai kuasa ghaib, contohnya pelindung diri, peninggalan keramat, atau sumber tenaga,” kata Ammar yang berasal dari Kepala Batas, Kedah.

Cincin itu, di mata pesakit skizofrenia itu, bukan sekadar hiasan.

a406f5f89d0abb3cb523d0f30079a6d0

Baginya ia adalah “penunggu”, sumber kuasa dan pelindung diri dan tidak boleh disentuh walau oleh ahli keluarga sekalipun.

Menurut Ammar, akibat terlalu lama memakainya, jarinya bengkak (edema), aliran darah terhenti (ischemia), tisu mereput, dan akhirnya jangkitan kuman merebak ke tulang (osteomyelitis).

“Apabila dimasukkan ke dalam wad psikiatri, sudah terlambat, kerana disahkan jari gangren — dan satu-satunya pilihan ialah pembedahan membuang jari (Ray’s amputation),” katanya kepada Malaysiakini

Namun, ini bukannya kali pertama kes seperti ini berlaku. 

Ammar mendedahkan sudah terdapat dua kes serupa dalam kalangan pesakit skizofrenia.

Kedua-duanya mengalami delusi yang kuat sehingga tidak mahu menanggalkan cincin itu walaupun jari sudah rosak. 

“Benda yang bagi kita tak masuk akal, bagi mereka 100 peratus benar,” katanya.

‘Ulat’ bawah kulit

Ammar juga berkongsi delusi bukan hanya dalam bentuk “objek bertuah”. 

Dalam kes lain yang ditemuinya ketika bertugas di wad psikiatri, seorang pesakit mengalami delusi manifestasi, apabila pesakit itu yakin ada “ulat” bergerak di bawah kulit tangannya. 

Pesakit itu kemudian menyiram kedua-dua tangan dengan minyak petrol untuk membakar dan “membunuh” ulat itu.

039510f384b574a0f66b78e021337be6

Akhirnya, dia mengalami kecederaan lecur kimia yang serius. 

Dalam satu lagi kes, seorang pesakit mengorek kulit kepalanya berulang kali kerana percaya ada ulat bawah kulitnya sehingga berlaku pendarahan dan luka mendalam.

Kes-kes seperti ini sering berlaku apabila pesakit skizofrenia menjadi agresif dan tidak boleh mengawal dirinya apabila delusi semakin kuat.

“Itu adalah contoh-contoh delusi yang saya pernah jumpa dalam kalangan skizofrenia.

“Skizofrenia ini adalah salah satu penyakit bawah (kategori) psikiatri dan kesihatan mental yang kronik dan serius yang menjejaskan cara seseorang berfikir dan berkelakuan,” jelas Ammar. 

23048b8984464a7090571bc14ace48be
Gambaran dalam kepala pesakit skizofrenia, gambar hiasan janaan AI

Ammar berkata inilah realiti skizofrenia yang ramai tidak pernah lihat.

Dia menjelaskan bahawa pesakit seperti ini lazimnya telah meninggalkan rawatan sehingga menjadi tidak stabil seperti mula halusinasi, tidak tidur malam, gagal mengurus diri, dan menolak rawatan. 

Apabila delusi menjadi dominan, pesakit boleh percaya kepada pelbagai perkara tanpa sebarang asas atau lojik.

Simptom dari muda

Bila ditanya golongan usia apa yang menghidapi penyakit skizofrenia, Ammar menjawab bukan orang-orang tua saja, kebanyakan pesakit ada mula menunjukkan tanda atau simptom pada usia muda. 

Ia kadang-kadang boleh bermula seawal umur remaja akhir 16– ke 17 tahun, tambahnya.

78e66ecb81ca7374c6656885e809a457
Ammar Azhar Izham

Ubat antipsikotik, jika diberikan, bukan untuk menjadikan mereka “pengsan”, tetapi untuk mengawal delusi, halusinasi dan kekeliruan agar pesakit boleh kembali berfungsi, belajar atau bekerja. 

Pesakit, katanya, boleh stabil dalam tempoh yang lama — tetapi hanya dengan rawatan konsisten.

“Delusi bukan ‘fikir-fikir’. Mereka betul-betul percaya. 

“Dan bila mereka percaya, tubuh mereka jadi mangsa,” pesan Ammar.



Source link