Malaysia Oversight

Syed Saddiq sahut cabaran Primavalet demi RM1 juta untuk Muar

By MkiniBM in October 30, 2025 – Reading time 2 minute
Syed Saddiq sahut cabaran Primavalet demi RM1 juta untuk Muar


Ahli Parlimen Muar, Syed Abdul Rahman menyahut cabaran sebuah syarikat jenama pakaian popular agar dia menamatkan acara Ironman Langkawi dalam masa 13 jam.

berkata dia menyahut cabaran itu selepas Primavalet menawarkan RM1 juta untuk Muar sekiranya dia berjaya menamatkan perlumbaan dalam tempoh tersebut.

Terdahulu, Primavalet memuat naik foto di TikTok dan Instagram dengan kapsyen: “Bos Primavalet nak cabar @syedsaddiq. Kalau berjaya habiskan Ironman Langkawi dalam 13 jam, bos akan sumbangkan RM1 juta untuk Muar. Ada berani???”

kemudian memberi respons melalui video TikTok: “Bring it on! Demi RM1 juta untuk Muar, saya sahut cabaran Bos Primavalet!”

Ahli parlimen Muar itu sebelum ini mencatatkan masa 13 jam 4 minit 36 saat ketika menyertai Ironman World Championship di Nice, Perancis pada tahun lalu.

Ini bermakna untuk mendapatkan RM1 juta berkenaan, dia perlu memperbaiki catatan itu sekurang-kurangnya empat minit lebih pantas.

a0b7b1bebb978ba5d4fa7601918326ae

Acara Ironman Malaysia dan Ironman 70.3 Langkawi 2025 berlangsung dari 30 Okt hingga 2 Nov.

Program bermula dengan pendaftaran atlet dan pameran di Mahsuri International Exhibition Centre, diikuti acara Ironkids Langkawi pada 31 Okt di Pelangi Beach Resort & Spa.

Perlumbaan utama Ironman Malaysia dan Ironman 70.3 akan diadakan pada 1 Nov, manakala majlis penyampaian anugerah dan penutup berlangsung pada 2 Nov.

Dalam pada itu, Syed Saddiq secara berjenaka berkongsi video persediaan menghadapi cabaran itu.

Video itu menunjukkan individu mirip dirinya memanaskan badan, menari dengan pakaian tradisional Kadazan dengan kapsyen “Baca jampi supaya Langkawi tak panas”, serta aksi membotakkan kepala dengan kapsyen “botakkan kepala supaya aerodynamic cepat 3 saat”.



Source link