Malaysia Oversight

Jangan berasa sakit hati terhadap kejayaan negara, kata Anwar

By MkiniBM in October 30, 2025 – Reading time 2 minute
Jangan berasa sakit hati terhadap kejayaan negara, kata Anwar


PARLIMEN l Perdana Menteri Datuk Seri Ibrahim menegaskan bahawa kejayaan Malaysia menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 baru-baru ini seharusnya menjadi kebanggaan seluruh rakyat tanpa mengira fahaman politik, dan bukannya dijadikan bahan kecaman atau perbalahan.

Beliau berkata antara kejayaan besar yang dicapai semasa penganjuran sidang kemuncak itu termasuk penerimaan Timor-Leste sebagai anggota ke-11 ASEAN serta termeterainya Perjanjian Damai Kuala Lumpur antara Thailand dan Kemboja, yang wajar dijadikan kebanggaan bersama rakyat Malaysia.

2bf4e6c17bce86b0e69c8ab2603b1ff0

berkata pengiktirafan antarabangsa, termasuk daripada kuasa besar seperti Amerika Syarikat (AS), terhadap peranan aktif Malaysia dalam menjayakan rundingan damai di rantau ini jelas membuktikan keupayaan diplomatik negara yang semakin diyakini dunia.

“Apatah lagi dengan keadaan sekarang apabila nama kita harum, nama Malaysia harum. Kalau lihat dari segi sejarah, ini antara kali pertama berlaku. Gunalah kesempatan ini untuk membangunkan negara.

“Janganlah berasa sakit hati terhadap kejayaan negara. Ini kejayaan negara. Ya, Perdana Menteri boleh datang dan pergi, naik dan jatuh, tetapi negara mesti terus diangkat dan dimajukan,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Syed Abdul Rahman (Muda-Muar) mengenai usaha menyeimbangkan hubungan Malaysia dengan kuasa besar dunia.

54bd69c215315b7aeab0b61a18541b8a
Syed Abdul Rahman (Muda-Muar)

Perdana Menteri menegaskan kejayaan Malaysia juga dapat dilihat apabila berjaya menghimpunkan pelbagai pemimpin dunia dan kuasa besar termasuk Amerika Syarikat (AS), Rusia dan serta wakil blok BRICS yang turut mengadakan beberapa pertemuan dua hala bersama Malaysia sepanjang Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 baru-baru ini.

berkata pencapaian tersebut membuktikan kemampuan Malaysia mengimbangi hubungan antarabangsa dengan prinsip berkecuali dan kesederhanaan.

“Bayangkan dalam sidang yang sama, selang beberapa hari, hari ini dengan Amerika Syarikat, kemudian Brazil, Afrika, selepas itu dan Rusia, dan kita layan semua dengan baik dalam semangat perbincangan yang membina.

“…sebab kita sebagai negara membangun yang relatif kecil perlu berusaha meningkatkan perdagangan dan pelaburan dengan semua,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Anwar turut menegaskan bahawa perhatian global terhadap Malaysia tidak seharusnya dianggap sebagai kejayaan peribadinya semata-mata, sebaliknya hasil kerja keras puluhan ribu penjawat awam dan sukarelawan yang menjayakan penganjuran sidang kemuncak berprofil tinggi itu.

52ea13d476009e420eade2a71f8c20c2

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua penjawat awam, anggota beruniform, mahasiswa serta pihak swasta yang disifatkannya amat cemerlang dalam menjayakan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.

– Bernama



Source link