Malaysia Oversight

Kita pula lebih Hamas, lebih China

By MkiniBM in October 30, 2025 – Reading time 3 minute
Kita pula lebih Hamas, lebih China


PARLIMEN l Perdana Menteri Ibrahim hari ini mengingatkan ahli Parlimen pembangkang supaya tidak bersikap ‘lebih Hamas dari Hamas’ dan ‘lebih dari ‘ dalam mentafsirkan langkah menjalinkan hubungan perdagangan dengan negara luar.

Mengulas Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia-Amerika Syarikat (AS) yang ditandatangani minggu ini, katanya negara memerlukan pelaburan dan perdagangan yang tinggi dari AS.

yang juga Menteri Kewangan berkata perjanjian ART itu juga mempunyai klausa keluar (klausa untuk menamatkan perjanjian) dan persoalan menyerahkan kedaulatan perdagangan negara kepada AS adalah tidak timbul.

2bf4e6c17bce86b0e69c8ab2603b1ff0

“Saya tidak mahu bersikap apologetik. Mengapa kita meterai juga? Ini kerana kita perlu pelaburan dan perdagangan tinggi dengan AS,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Dia berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) yang ingin tahu sama ada perjanjian ART akan menguntungkan Malaysia.

Menurut , perjanjian ART yang telah ditandatangani itu turut diteliti oleh pihak berkaitan sama ada klausa yang termaktub dalam perjanjian itu akan membatalkan kemungkinan kerjasama bersama mereka.

714b31cb3d543c9ded747a6f42e278e0

“Tentunya apa-apa yang dilakukan oleh Amerika itu diteliti line by line (dengan terperinci) oleh China. Kalau ada ditafsirkan oleh sesetengah ahli (Parlimen) pembangkang, ia akan menjejaskan hubungan kita dengan China.

“Kalau rare earth (unsur nadir bumi) dikatakan dimonopoli oleh AS, tidak boleh dengan China, ini tidak berlaku.

“Jadi kita ini lebih Hamas dari Hamas, lebih China dari China. Ini masalah kita kerana politik yang menanam sikap benci begitu sahaja. Saya kata teliti dulu undang-undang, teliti peruntukan dia,” katanya.

Perjanjian ART antara Malaysia dan AS ditandatangani pada 26 Oktober lepas oleh Anwar dan Presiden Donald yang mengadakan kunjungan ke Malaysia bagi menghadiri Sidang Kemuncak Asean ke-47 dan mesyuarat berkaitan di Kuala Lumpur.

969eded52aa0fb6431210d99505f97b5

Mengulas lanjut, perdana menteri berkata pembangkang cuba menanam kebencian sehingga ada yang menyalahtafsirkan peruntukan tertentu dalam perjanjian perdagangan itu.

Katanya, jika dibiarkan, dia bimbang ini boleh menjejaskan hubungan diplomatik antara Malaysia dengan negara tertentu.

“Perjanjian perdagangan timbal balas dijelaskan semalam oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti) (Tengku Zafrul Abdul Aziz) dan masih ada ruang berdebat selepas ini. Sebab itu Menteri Miti cabar (tanya) peruntukan (yang) mana?” katanya.

Anwar turut menegaskan bahawa jemputan kepada untuk hadir ke Sidang Kemuncak Asean adalah atas kapasiti dirinya sebagai pengerusi Asean 2025 yang berhak menjemput pemimpin dunia untuk turut serta ke sidang kemuncak itu.

“Dalam perjumpaan dengan AS, tentunya fokus kepada peningkatan perdagangan dan pelaburan termasuk kehadiran pusat data dan kecerdasan buatan yang kita perlukan untuk mengangkat keupayaan kita dalam bidang teknologi,” kata Anwar.

52ea13d476009e420eade2a71f8c20c2

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut menyangkal tohmahan bahawa perjanjian ART ditandatangani berikutan Malaysia tunduk kepada AS dari aspek perdagangan global.

Anwar menegaskan bahawa Sidang Kemuncak Asean yang baru berakhir juga menyaksikan upacara menandatangani Perjanjian Perdagangan Bebas Asean-China (ACFTA) 3.0) yang dipertingkatkan, yang menjadi bukti manfaat hubungan perdagangan antara Asean dan China.

“Kalau seperti mana ditohmah seolah-olahnya kita hanya tunduk kepada negara Amerika, tidak mungkin kita boleh meterai perjanjian FTA dengan negara China, yang rangkaian keseluruhannya lebih besar,” katanya.



Source link