Malaysia Oversight

Sultan Nazrin sampaikan Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam Perak 2025

By TheSun in October 30, 2025 – Reading time 1 minute
spot_img


Sultan Nazrin berkenan sampaikan 27 anugerah kecemerlangan pendidikan Perak 2025, termasuk Tokoh Guru Pendidikan

IPOH: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Peringkat Negeri Perak 2025 di Pusat Konvensyen Casuarina.

Keberangkatan baginda turut diiringi oleh Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad dan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak Datuk Harith Fadzillah Abdul Halim turut hadir dalam majlis berkenaan.

Sultan Nazrin berkenan menyampaikan 27 anugerah kecemerlangan yang melibatkan lebih 90 penerima.

Anugerah utama Tokoh Guru Pendidikan Islam disampaikan kepada Ahmad Tazally Mohamad Zain.

Ahmad Tazally juga merupakan Ahli Jawatankuasa Majlis Pengetua Malaysia.

Antara pencapaian terbaiknya ialah meletakkan Sekolah Menengah Raja Dr Nazrin Shah dalam kelompok 10 sekolah terbaik SPM 2024 peringkat negeri Perak.

Sultan Nazrin turut berkenan menyampaikan anugerah sekolah-sekolah pendidikan Islam terbaik bagi tahun 2024.

Baginda juga menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Pendidikan kepada pelajar terbaik SPM dan STAM 2024.

Sultan Nazrin turut berkenan menyampaikan Anugerah Hafiz Muda 2025 kepada 24 penerima. – Bernama


Post Views: 1



Source link