Samsung Pertimbang Naikkan Harga Peranti Kerana Kekurangan Memori
Effi Saharudin
Samsung dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk menaikkan harga jualan peranti disebabkan oleh isu kekurangan memori di pasaran. Beberapa tahun lalu lambakan memori menyebabkan Samsung Semiconductor mengalami kerugian kerana harga yang menjunam. Tetapi tahun ini harga memori meningkat kerana keperluan memori yang tinggi dipacu oleh permintaan cip untuk pusat data.

Menarik di sini ialah peranti yang terkesan ialah dari kelas pertengahan dan rendah bukannya kelas mercu. Harga jualan siri Galaxy S26 yang bakal dilancarkan tahun depan dipercayai tidak akan meningkat. Ini adalah kerana permintaan tinggi untuk memori berprestasi tinggi seperti HBM untuk pusat data menyebabkan tumpuan lebih diberikan untuk meningkatkan pengeluaran.
Pengeluaran memori untuk PC dan DRAM yang lebih murah akan berkurangan sekaligus mewujudkan kekurangan stok mendorong peningkatan harga. Kekurangan memori ini diramalkan akan berterusan selama dua tahun sehingga pengeluaran memori global kembali stabil.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






