MANCHESTER: Pep Guardiola melihat perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) terasa seperti menentang Stoke City ketika di bawah kendalian Tony Pulis apabila semakin banyak pasukan menjadikan situasi bola mati sebagai senjata utama musim ini. Hampir 19 peratus daripada semua gol liga musim ini datang daripada sepakan sudut, kira-kira lima peratus lebih tinggi berbanding mana-mana musim sebelumnya. Pengurus Manchester City itu berkata, beliau menghormati hak setiap pengurus untuk menggunakan gaya taktikal yang…






