Nothing Phone (3a) Lite Kini Rasmi – Hadir Dengan Dimensity 7300 Pro Dan Bateri 5000mAh
Aman
Nothing hari ini secara rasminya memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka, iaitu Nothing Phone (3a) Lite. Ia merupakan penawaran pada harga bajet daripada Nothing kepada para peminat peranti mereka. Telefon ini turut hadir dengan rekaan lutsinar yang sinonim dengan Nothing, selain kekunci pintas Essential Key.

Nothing Phone (3a) Lite hadir dengan skrin 6.77-inci FHD+ AMOLED dengan kadar segar semula mencapai 120Hz. Ia turut menyokong kadar kecerahan mencapai 3000-nits. Menguasakan telefon pintar ini adalah cip MediaTek Dimensity 7300 Pro dengan senibina 4nm, memori sehingga 8GB LPDD4X RAM, dan storan sehingga 256GB UFS 2.2.
Pada bahagian kamera, ia menyertakan sensor utama 50MP yang dipadankan dengan sensor ultra-lebar 8MP, dan sesnor makro 2MP. Pada bahagian hadapan, ia menyertakan sensor 16-megapixel.
Menguasakan peranti ini juga adalah bateri 5000mAh dengan sokongan pengecasan 33W. Ia hadir dengan sokongan kalis air IP54, sokongan pengimbas cap jari pada skrin, dan menjalankan Android 15 bersama antaramuka Nothing OS 3.5.
Nothing Phone (3a) Lite turut menyertakan kekunci khas Essential Key untuk mengakses pantas Essential Space, dan menggunakannya dalam melakukan sejumlah tugasan dan akses pantas.
Buat masa ini, harga jualan tempatan masih tidak diketahui lagi. Namun, pihak Nothing sedia menyatakan Nothing Phone (3a) Lite akan hadir ke pasaran Malaysia.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






